MENGINAP 3H2M DI TIMUR BAY RESIDENTS

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

SEMPENA cuti Tahun Baru Cina kali ini, kami memilih untuk bercuti ke Kuantan. Kali terakhir ke Kuantan masa cuti TBC jugak dua tahun lepas di Swiss Bel-Hotel Tanjung Lumpur, kali ini, kami mencari  kelainan dengan menginap di Timur Bay Residents Seafront yang terletak di Beserah berhadapan dengan Pantai Balok. Pada mulanya dapat harga RM625+ (Booking.com) untuk dua malam tapi berlaku masalah teknikal ketika hendak membuat bayaran. Sk hubungi terus pemiliknya dan beliau bersetuju untuk terima tempahan kami yang automatik terbatal sebelumnya. Melalui owner kami cuma perlu bayar RM590 untuk dua malam.


Seperti hotel, waktu daftar masuk penginapan adalah pada jam 3 petang. Dekat-dekat pukul 3 tu, pemilik menghantar QR Code dengan maklumat penginapan dan penghuni (nama penyewa - kami) dan ia hendaklah ditunjukkan kepada pengawal keselamatan sebelum kami dibenarkan masuk ke dalam premis untuk mengambil kunci dan kad akses yang diletakkan di dalam peti surat yang perlu dibuka dengan memasukkan nombor pin keselamatan. Kad akses tu perlu digunakan untuk masuk ke mana-mana pintu dalam premis seperti menaiki lif, keluar masuk parkir, ke kawasan kolam renang dan juga pantai.


Unit kami di tingkat 6. Ia merupakan apartment studio dengan sebuah katil queen dan sebuah katil single. Apartment ini selesa memuatkan sehingga 4 orang tapi bilik airnya ada sebuah sahaja. Sengaja tak nak duduk di hotel kali ni sebab Sk nak explore makanan di kafe atau warung.


Disediakan peti ais besar. Bolehlah sumbat macam-macam makanan kalau risau lapar di tengah malam 🤭. Maaf, selipar berterabur sebab baru masuk bilik belum sempat susun lagi. Ada rak kasut disediakan.


Katil single diletakkan di dalam sebuah bilik yang agak comel.


Dapur kecil dilengkapi dengan ketuhar gelombang mikro, mesin penapis air dan mesin cuci pakaian.


Apartment lengkap dengan meja makan untuk tiga orang. Memang ngam dan selesa untuk keluarga kecil macam kami.


TV dilengkapi dengan siaran tv tempatan dan Netflix.


Katil bersaiz permaisuri bersebelahan dengan pintu gelongsor. Ingatkan bolehlah tidur mengadap laut tapi...


Tipah tertipu .. unit kami bukan mengadap laut tapi bumbung parkir 🤣.


Bilik air luas dan selesa cuma pancuran air kurang laju.


Nak mandi kolam tapi penuh dengan manusia, hahahahah.. laut pulak keruh, juga ramai giler manusia eh.


Pemandangan manusia-manusia dari tingkat 3. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk keluar mengopi di Kopi Mesin. Bila dah mengopi dan makan agak berat jugak di Kopi Mesin tu, malam tu memang malas nak keluar. Beli roti kaya siap-siap kot la lapar, kan.. tak dimakan pun.


Esok pagi, Sk dan Pak Inche keluar sarapan di Kopitiam Beserah. Baliknya nak carikan sarapan untuk Iman di warung dalam kampung, boleh pulak dengan kami-kami sekali menapau.  Nasi Minyak Ayam Masak Merah untuk Pak Inche, Nasi Kerabu Daging Goreng Kunyit untuk Iman dan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol untuk Sk. Okey tu dapat jugak makanan Pantai Timur walaupun makan di penginapan sahaja. Rasa seronok betul la.. lagi seronok dari menginap di hotel 😍.

Bersambung...

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya..cuti lama pi berjalan..SA kali ni tetap x dpt pi mana2, cancel flight dan burn ticket pi Jakarta..sebab mak pah sakit...ada la rezeki lain tu nanti

    ReplyDelete
  2. Kami kat Pahang memang famous dengan nasi minyak... duduk johor jarang jumpa nasi minyak. Kenduri kat Johor ni rata rata masak nasi beriyani

    ReplyDelete
  3. happy holiday
    cuti2 sek ni kan ramai manusia he hee

    ReplyDelete
  4. Tapi yg terpenting fasilitas dan semuanya selesa juga lengkap 👍😄. Walo view hanya parkiran 😅.

    Ramaaai yg berenang yaa. Kalo dah musim liburan, dah laah, pasti crowded banyak tempat.😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!