MAKAN KENDURI @ MUAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



JIKA dijemput makan kenduri, insyaAllah kami sampai jika sesuai dengan masa dan tiada aral melintang. Sabtu lepas, satu lagi jemputan walimah yang kami hadiri di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar. Dewan ni terletak dalam Bangunan UMNO.


Pengantin lelaki merupakan anak kepada sahabat PI yang telah bersara.


Tak silap Sk, rakan PI ni dulu bertugas di cawangan Muar. Ada yang kenal, boleh tinggalkan komen, hehehe.


Menu kenduri merupakan nasi beriani, daging beriani, ayam masak merah, dalca dan acar jelatah. Minumannya sirap limau dan air mata kucing.


Banyak betul kuih-muih moden dan tradisional disediakan untuk tetamu antaranya kaswi, nona manis, cream puff, kek potong dengan fresh cream, karipap, puding caramel dan kuih cara berlauk. Ni yang antara Sk ingat la, sebab tak ambil semua kuih. Aaa.. roti canai pun ada tau.


Kami sampai masa pengantin baru nak masuk ke dalam dewan. Rasanya ni la baru terjumpa pasukan kompang yang anggotanya semua perempuan, mungkin pelajar sekolah. Semuanya masih remaja.


Sahabat lama jugak ni, Abang Jamal, dulu sama-sama jadi stringer (wartawan sambilan). Abang Jamal banyak buat liputan berita di sebelah Muar la kan.


Lepas makan nasi beriani, kita sambung makan Laksa Johor dan minum cendol.


Tu takpa, balik kenduri singgah pulak mengopi dan makan roti bakar di Atuk Kopi. Tapi, kira aci la kan, Atuk Kopi ni kat Batu Pahat, hehehehe.

Syukurrrrr.. Alhamdulillah. 


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bestnya makan kenduri...SA pun ada satu lagi kenduri 25hb nanti...

    ReplyDelete
  2. lps kenduri..kopi2 & roti bakar plak ..tk ketat ke perut tu

    ReplyDelete
  3. Uish..kenduri kawin siap ada roti canai! Rare.
    Yelah, tak pernah jumpa lagi grup kompang perempuan.

    Atuk Kopi di BP? Balik kampung nanti bolehlah saya cari.

    ReplyDelete
  4. Nasi kenduri lagi 🤩
    alhamdulillah melimpah² rezeki makan kenduri SK lately ye....
    Minum kopi tu habuan mata, supaya tak mengantuk :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lauk kenduri. Lagi sedap port mengopi tu bestnya pekena kopi kat kedai kopi macam zaman dulu2.

    ReplyDelete
  6. Lama tak hadiri wedding saya. Rindu juga dengan makanan2 kenduri 😄😄. Nampak sedaap briyani dan kawan2nya 👍. Laksa Johor itu yg saya masih penasaran sampai skr

    ReplyDelete
  7. Macam macam menu dia. Dapatlah rasa macam macam kan. Dah lama plan nak ke Muar, dapat stay sehari pun jadilah. Tapi tak kesampaian lagi. Balik Segamat tak sempat lajak ke Muar. Nak makan mi bandung Muo.

    ReplyDelete
  8. muar ngan BP tu dedekat ke? sorilah..i bab2 jauh ke dekat ni susah betul nak bayangkan. kadang2 org tanya nilai dengan seremban dekat ke jauh pun susah nak explain padahal hari2 lalu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!