Assalamualaikum WBT
CUTI tiga hari aje, tapi punyalah gatal kaki PI ni ajak JJCM sampai ke negeri P. Dahlah bukan dekat-dekat tapi kita layankanlah jugak nanti merajuk susah pulak, huhuhu. Sk bukan apa, daya ketahanan memandu PI ni dah tak macam dulu, hujung-hujungnya nanti Sk jugak yang kena bersengkang mata. Tu takpa, sementara cari tempat sesuai nak pas stereng tu, dia punya mengantuk tu sampai buat kita pulak yang berdebar-debar campur naik angin sekali, hahahaha.
JJCM berdua sahaja sebab Iman dah balik kolej semalam. Sk buat carian dalam google dan tertarik dengan Warong Sate Pagi yang terletak di Gerai Muafakat, Jalan Sungai Siput, Kota Tinggi.
Selain sate, banyak juga menu lain antaranya Mee Champa, Mee Rebus, Roti Bakar dan Soto Madura.
Terliur tengok pelbagai gambar makanan belakang PI ni tapi perut ada dua aje, hahaha. Dahlah PI ni bukan yang jenis makan banyak benda.
Mee Rebus untuk PI dan Sk pilih Soto Madura.
Pelik mee rebus ni sebab tabur kacang tanah goreng dan ikan bilis. Kuah mee rebus rasa macam kari sikit.
Soto Madura dia sedap dan lengkap dengan tauge (bersiang) dan suhun goreng. Cuma tak ada begedil tapi memang rasa asli soto madura. Kalau dekat JB boleh datang selalu.
Namapun Warong Sate, rugilah pulak kalau tak pesan. Satenya besar, padanlah dengan harganya RM1.50 secucuk. Tak rugi pesan, sebab sedap. Kuah kacang pun sedap, pendek kata memang sedap. Panjang kata, kalau pembaca datang Kota Tinggi, datanglah bersarapan di Warong Sate Pagi, hihihi.
Orang dah ajak, rugi tak pergi kak. hihi...Alamak, failed eh mi rebus rasa mi kari. Macam mi kari kuah laksa. ehhh...
ReplyDeleteRajin tuan kedai siang taugeh. Selamat bercuti Mak Inche' dan Pak Inche'.
Pendek pergi mana SK? Selalu dia yang kata 🤣🤣🤣
ReplyDeleteSoto Madura tak pernah try, mesti sedapkan...
Mee Rebus, Soto Madura, Sate semua sedapnya.
ReplyDeleteTengok sate saiz montel begitu, teringin pula nak makan.
ReplyDeleteSedap pulak nampak mi bandung tu. Terliur pulak.
ReplyDeleteDulu pelik orang Johor sarapan sate
ReplyDelete..sekarang kat mana mana dah ada sarapan sate...Kat sini yg agak famous ..Sate 7 Pagi
PI dah ajak tu, pergi je..cuti panjang lagipun..nampak sedap la sate madura tu..bleh la jjcm nanti ajak Nia and suami..Nia tgh cuti 3 bulan ni...
ReplyDelete