MAKAN MAKANAN MEXICO & ITALI DI RESTORAN LA FAMILIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  esok, Khamis, merupakan permulaan bulan Zulhijjah 1446H. 11 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sk doakan agar saudara-saudara islam yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna serta sentiasa dipermudahkan urusan, insyaAllah,  Amiinnn YRA.



Ole-ole dari selatan lagi, kali ni Sk bawakan pembaca ke Restoran La Familia yang merupakan restoran khas makanan Mexico dan Itali. Restoran ni terletak berdekatan dengan Restoran Zaituna dah Restoran Me'nate, Taman Tasek. Hurmmm.. apasal macam skema aje pulak ayatnya, hehehehe.


Penuh warna-warni sebaik sahaja menjengah ke dalam ruang restoran. Begitu ceria cuma tak happening sebab tak ada pelanggan. Tak tahulah, Johoreans tak minat ke makanan Mexico dan Itali ni? Nak kata kedudukan tak strategik, tengok Restoran Zaituna dan Me'nate tu sentiasa ramai pelanggan.


Suka tengok hiasan di meja ni sesuailah untuk mereka yang nak meraikan hari ulangtahun ahli keluarga.


Sebaik sahaja duduk, staf datang membawakan menu tapi nampak ada kod QR juga untuk diimbas bagi membuat pesanan secara dalam talian. Tapi, disebabkan agak bermasalah untuk memuat naik pesanan, Sk minta mereka ambil pesanan secara manual. Staf datang dan ambil pesanan masukkan terus ke dalam sistem, mudah juga begini.


Cuaca di Johor panas betul semalam. Rasa selesa bila makan di tempat berhawa dingin macam ni, hihihi.


Bila toleh ke belakang,  nampak chef-chef mereka sedang menyediakan hidangan. Tertarik tengok mereka memasak menggunakan ketuhar tradisional. Staf-staf di sini ada yang dari Palestine, ada yang dari Egypt. PI siap interview dan bila tahu mereka muslim, kita tidaklah risau nak makan. Lepas tu ingatkan sama bos dengan Zaituna, tapi dia kata, lain pengurusan.


Pilih minuman yang manis dan mahal kali ni, hahaha. Blueberry Mojito (RM16) untuk TTK dan yang sana tu Orange Mojito (RM14) untuk PI.  Suka sangat bila minuman dihidang dalam gelas cantik macam ni, baru la tak rasa rugi membayo.


Pembuka selera, Mushroom Soup dan Garlic Bread (RM18). Sup cendawan tu home made bukan dari tin. Boleh rasa cendawan dia tu dan tak ada rasa tepung. Lepas tu panas-panas ya, sampai melocot lidah, hihi.


Banyak pilihan topping pizza tapi dah orang tu old skul kan, memang dia nak pepperoni aje la. Pepperoni Pizza (RM42).


Seksi betul eh pizza dia.


Terlalu sedap pulak tu. 



Crust dia gebu dan garing kat tepi-tepi tu.


Pesan Beef Quesadilla (RM34) jugak. Ni dia datang empat keping, jadi makan sorang dua la.


Konsepnya, sharing is caring.


Pizza - makanan Itali
Quesadilla - makanan Mexico

Pasta pun banyak pilihan.



Filling dia penuhhhh, daging dimasak dengan rempah ratus istimewa. Sumpah sedap, harus repeat ni!!!


Total, RM124, tak ada cukai. Nanti Sk tepek resitnya kemudian ya.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. memang deko dalaman nya meriah, sesuai dengan konsep mexico tu...
    tengok gambar pun dah nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Dekorasi dia meriah betul ek. Macam berada di Mexico suasananya. Musim panas ni memang elok pilih tempat makan berhawa dingin. Tak bergaduh dengan panas. Sedapnya pizza begitu. Terlalu sedap pulak tu. Kita pulak yang terliur tengok. Beef Quesadilla pun menyelerakan. Kenyang makan gini.

    ReplyDelete
  3. Kenapa sepi yaaa. Kasian pula, apalagi sedaap kan. Saya sukaaa makanan Italia dan Mexico ini. Tp kalo di sini terpisah , tak ada yg digabung menu itali dan mexico. Cuma memang resto Mexico tak banyak. Mungkin lidah asia kurang cocok dengan makanan mexico.

    ReplyDelete
  4. Jauh tu jarak! Mexico ----> Italy! hehehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya mushroom soup dan roti tu...terliur tengok

    ReplyDelete
  6. Beef Quesadilla tu nampak sedap betul..fav SA..sekali mushroom soup..SA suka yang homemade macam tu...xde la rasa tepung mcm SK ckp tu...pernah makan kat Menate situ..nanti boleh cuba makan kat sini plak..warna warni ceria je restorannya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!