MASAK KARI SOTONG & UDANG GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


PENDINGIN hawa di pejabat Sk ni rosak lagi semalam. Sejak Sk berpindah ke pejabat baharu ni, dah tiga kali rosak rasanya. Yang dua kali tu berjaya dibaiki yang kali ketiga ni, kata Faiz (technician), compressor dah kong! Compressor tu bukan baru tapi yang lama punya dari cawangan Segamat. Nampaknya berkipas-lipas dahulu la sebelum dapat compressor lain. Dapat satu set air-cond baru tu rasanya cuma harapan yang belum tentu kesampaian. Ni punca pasal kena puji la minggu lepas. Pejabat Sk sejuk, katanya. Tiga kali rosak ni, Sk perasan, lepas dipuji-puji sejuk, laaaa.. hurmmm.




Masak Kari Sotong ni malam kelmarin atas permintaan Pak Inche. Malam sebelumnya, hangus RM90+ makan di kedai, jadi kali ni kita masak la pulak supaya tak ada rasa bersalah, hahahaha. Senang jer masak kari sotong ni, campak-campak, siap!


PI kalau tak ada lauk goreng-goreng, tak sah la kan. Dia mintak udang goreng, pun kira senang la dari ayam goreng. Jadi, bila dia mintak masakkan dua lauk ni, Sk terus setuju aje. Dalam mangkuk bertutup tu, sambal belacan, hehehe.


Udang wassalam, sotong tinggal sikit, bolehlah buat Iman makan tengahari semalam. Dia kalau ada lauk, rajinlah masak nasi tapi kalau tak ada lauk, dia rela makan maggi. Budak-budak jaman now, begitu laaaaa.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lapar la tgk menu tu...tk bfast lg ni bz haha

    ReplyDelete
  2. Saya jadi ingat pas masih kerja. Ada sempat cabang yg ac nya seriiing sangat tak dingin 🤣. Tiap kali panggil teknisi memang masalahnya dah waktunya diganti, dah tua sangat. Tp nak beli baru, approval ke bos bos besar lamaaaa sangat. Jawaban nya kdg, kalo bisa diperbaiki, perbaiki saja 😂😅.

    Mereka tak merasakan, gampang sangat ngomongnya 😅. Atau kdg disuruhnya nanti kita ambil dari ac di cabang lain yg tak terpakai 🤣.

    Uissssh sedaap udang goreng kak. Di antara seafood, memang udang fav saya 😄

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kari sotong...SA sekarang puasa seafood dan daging...hahaha..puasa sangat..24hb ni ada check up...air manis pun sehari sekali itupun kurang manis..esok dah start cut sugar 100%, amik buah aje la nmpaknya untuk kekalkan kadar pengambilan gula selain nasi

    ReplyDelete
  4. Udang goreng tu faveret anak bongsu saya hehe

    ReplyDelete
  5. Kena sentiasa puji lah kalau gitu nak sejuk. Harapnya dapat lah yang baru walaupun tahu macam tak ada harapan. Sedapnya kari sotong. Tema seafood lah ni. Sambal belacan wajib ada. Pedas baru selera makan.

    ReplyDelete
  6. sama ngan anak dara kat rumah ni... dia rela makan biskut cicah milo je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!