SAMBUT HARI JADI ILHAM @ RESTORAN ABBU BAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT



SEMALAM, kami tumpang rezeki Ilham sambut hari jadi yang ke 20, di Restoran Abbu Bakar, Tampoi. Beberapa tahun lepas, Sk pernah bawa pembaca ke sini, ingat tak? Kalau tak ingat, bolehlah klik link di bawah:


MAKAN IKAN BAKAR DAN SOTONG BAKAR DI ABBU BAKAR


Sejak dari itu, kami tak pernah lagi makan di sini bukan pasal tak sedap tapi tak menepati citarasa PI yang old skul. Jadi, teruja jugaklah bila Angah ajak makan di sini. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, hihihi.


Sk sampai lambat sikit sebab PI out station ke Desaru. Mujurlah Cik Ani snap pic menu ni untuk rujukan pembaca yang ada plan nak makan di Abbu Bakar ni. Nampaknya berlaku perubahan harga di Abbu Bakar, dah hampir 4 tahun kan, memang banyak yang tak sama dah berbanding masa Sk datang dulu. Disebabkan kami seramai 10  orang yang kuat makan, Angah pesan Set Meriah (5pax) dan Set Idaman (7pax), biar masing-masing kenyang. Tak cukup korum sebab Cikwa di KL, Along di Melaka dan Iman pulak ada urusan kelab studio di UMT, Kuala Terengganu.


Siakap Citarasa. Sosnya tu diasingkan, dah nak makan kita curah sendiri.


Otak-otak bakar dalam daun kelapa  ni memang trademark orang Johor. Tak silap ada seseorang pernah tanya Sk, apa beza otak-otak dan pepes. Jawapannya, otak-otak dibuat dari isi ikan dan pepes dibuat dari isi ayam.


Tomyam Ombak. Sedap tomyam dia, ada udang, sotong dan isi ikan sesuai dengan namanya ombak yang menggambarkan lautan.


Udang, tak pasti nama sebenar masakan udang ni.


Terung Sambal, yang ni bagi Sk sambal dia agak pekat manis macam sambal tumis.


Ayam Lemak Bara, pekat santannya.


Ikan Siakap Kenangan Selatan. Sos dia tu macam sambal campur kicap.


Sotong Bakar AB yang dibakar secara bakar berempah. 


Ikan Siakap Bakar AB. Yang ni juga dimasak secara bakar berempah. 


Nasi putih dalam bekas antik. 


Laju staf AB hantar hidangan, satu-persatu diletakkan terasa dirimu begitu berharga, hahaha.


Pandai juga staf AB ambilkan gambar kami.


Sirap Limau Ais dia wangi dan menyegarkan. Bila kita sedut tu rasa nak sedut lagi.. nak sedut lagi, hahahahaha.


Sporting la staf-staf AB ni.



Sk belikan kek dari Oh My Cakes dan ada orang bayarkan pulak, rezeki Ilham. Selamat duhet bonda, hahahah


Aiskrim dihidangkan selepas selesai makan. Ada tiga perisa iaitu vanila, strawberry dan coklat dengan topping choc rice. Bila dia letak dalam bekas macam ni, aiskrim tu lambat cair dan cool aje.


SANAH HELWAH

Mohd Nor Ilham Ilyas

BARAKALLAH FII UMRIK

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya.

‎أمين يا رب العالمي

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bestnya dinner dengaan birthday boy...selamat hari lahir Ilham...

    ReplyDelete
  2. Menyelerakan betul lauk pauk dia. Terutamanya siakap yang first tu. Lagi bertambah selera bila makan ramai-ramai. Happy birthday Ilham. Exclusive Restoran ni.

    ReplyDelete
  3. Seronok Ilham, sambut harijadi ramai-ramai. Nampak sedap belaka, makanan. Kek pun, nampak sedap. :D

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah Ilham 🎈
    Sotong tu nampak sedap betul...

    ReplyDelete
  5. Ngilu pulak tengok bekas aiskrim besi dengan sudu besi tu.....

    ReplyDelete
  6. Waaah sedaaap semua nampak kak. Kenapa PI tak sesuai dengan seleranya di sini? Saya liat aneka seafood nya LGS auto lapar pula ❤️❤️

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!