Assalamualaikum WBT
SEMALAM, keluar rumah jam 6.40 pagi dan clock in jam 07.35. Hari ini keluar rumah pukul 6.40 pagi jugak tapi clock in 07.49. Huwaaaaa.. penohhhhh kereta, bas dan lori kat jalan pagi ni. Ni mesti pasal dah berapa minggu kerja baiki jalan dari Taman Sri Pulai menghala ke UTM tu tak siap-siap. Jadinya, semua orang ikut laluan highway, huhuhu.
Hari isnin lepas, PI request Kari Daging dan daging kicap. Biasalah, kan.. kalau masak kari ayam kena ada ayam goreng. Kalau masak kari daging kena ada daging kicap. Lepas tu, dia tanya balik, ke.. nak masak sambal daging. Sk putuskan kari daging la, lama tak makan kari.
Sk siapkan semua bahan-bahan dulu sebab nak masak guna periuk noxxa. Periuk ni laju memanas dan tak boleh kawal kepanasan tu, tu la semua bahan tumis ke, rempah ke, daging ke, kena sediakan awal. Kalau tak, boleh hangus. Dah siap tumis semua, Sk masukkan daging dan sedikit air kemudian set high pressure 30. Rupanya, mujurlah Sk masak guna periuk noxxa tu ya.
Sebab.. tengah-tengah goreng daging kicap, tengok kenapa macam tak mendidih aje. Rupanya, gas habissss.. hahahaha. Terus keluarkan semua nasi dari rice cooker dan sambung masak daging kicap dalam rice cooker. Kalau tak boleh jadi amukan ya, kau masak kari daging tak ada daging kicap, hahahaha. Tak laaa.. tak la sampai mengamuk, hiks.
Kari daging dan daging kicap. Kentang habis, jadi kari daging bujang aje la, tak macam kari daging orang kahwin yang lengkap segala bahan. Daging kicap tu, cuma perap daging dengan kicap manis, kemudian panaskan minyak dan masukkan daging, bawang besar potong bulat dan sedikit aji, shiapppp!
Masak sambil berlawan dengan gas memang level chef survival! Kari bujang pun nampak meriah, tinggal kentang je belum punch card 😄
ReplyDeletekalau gas habis, rice cooker jadi penyelamat. Cie standby terus 2 tong gas kat rumah. dah banyak kali kena camtu tengah masak gas habis. habis pulak time husband takde.
ReplyDelete2 menu daging di request oleh PI tu..lapar la tgh puasa ni...
ReplyDeleteNasib ada option..
ReplyDeleteWah, gitu. Kena ada 2 menu berasingan ye. Nampak pekat kari daging SK.
ReplyDeleteUii.... Sedap ni..
ReplyDeleteKat rumah SA tong gas ada 3, every month kena pastikan 2 tong penuh standby...hahaha...pernah lupa sekali 3 habis...jenuh..nasib ada air fryer, rice cooker...aduhhhh..nampak kari daging plak....x leh jadi macam ni...
ReplyDeleteada ke SK buat step by step cara masak kari pakai noxxa? ammi ni selama pakai noxxa belum pernah masak kari
ReplyDeleteAda hikmahnya guna periuk noxxa tu kan. Barulah noxxa tu berfungsi gitu. Daging kicap masak simple macam tu pun dah sodap dah.
ReplyDelete