Assalamualaikum WBT
ADUH.. hampa betul la pasal hari ini nampaknya Sk kena balik lambat. Puncanya, sampai office lambat disebabkan kesesakan trafik yang luar biasa dari dalam taman sehinggalah lebuhraya Pasir Gudang. Semalam elok pulak, pukul 7.42 dah sampai, waktu keluar sama aje, agaknya ramai yang bercuti ke semalam? Huhuhu.
Episod JJCM bersambung lagi, terlanjur dapat Jemputan Pengantin di Muar, PI ajak tidur satu malam. Kali ni PI pilih Classic Hotel yang terletak di pusat bandar. Dapat bilik 7004 yang terletak di aras 7. Ini kali kedua Sk menginap di Classic Hotel tu cuma yang
kali pertama tu, Sk cuma selit sikit aje.
PI tempah bilik Superior dengan goverment rate RM200 sahaja termasuk sarapan untuk dua orang. Bilik luas dan selesa, bilik mandi ada bath tub tapi dah buruk lah, hehehehe.
Runner katil bersulam nama hotel.
Gerobok dia besar gedabak.
Kopi dan teh berjenama.
Selfi satu!
Bestnya Classic Hotel ni, ia terletak bersebelahan dengan satu-satunya pusat beli-belah di Muar iaitu Wetex Parade Hypermall. Petang tu, turunlah sekejap, saja cuci mata. Sk pulak tertinggal bekas kerongsang, terpaksalah beli yang baru. Tu takpa, harga sebiji RM8, dua biji RM15, dah terbeli dua biji kerongsang, hahahaha. Singgah jugak makan roti bakar dan minum ais lemon di Oldtown White Coffee. Dah bocor gelasnya baru teringat nak snap pic.
Tak lengkap kedatangan ke Muar (sebut: Muo) jika tak jjcm di Medan Selera terbuka Perhentian Bas Bentayan (Sk tak pasti nama yang sebenar). Medan Selera ni dekat sebelah dengan jambatan Muar, ada satu lagi
Medan Selera bersebelahan. Sk pilih yang sebelah jambatan sebab sistem dia lagi mudah, ada pelayan yang datang ke meja ambil pesanan berbanding yang
sebelah sana tu, kita kena layan diri untuk buat pesanan.
Kali ni pesan satu menu satu sahaja. Mee Bandung sepinggan, Sup Kambing semangkuk dan kongsi makan.
Sup tu gabungan resipi sup dari Thailand, India dan Jawa. Sedap sup dia, ada rasa macam
sup kat Pak Mus Kitchen sikit. Walaupun ada gabungan sup India tapi taklah pekat sangat macam
Sup Hameed kat Penang tu. Boleh pilih nak makan dengan nasi, roti atau hirup begitu saja sambil meratah isinya.
Dalam bakul tu ada otak-otak dan sata. Tu kami tak makan, bukan tak makan tapi tak nak makan, hehehe.
Mana nak makannya sebab tak lama sate pun dihidang. Sate Daging 10 cucuk, sate babat 10 cucuk. Dia hidang siap dengan nasi impit, sate secucuk RM1.30. Nasi impit RM3. Banyak jugak Sk makan sate daging, lebih dari lima, sate babat makan satu aje, tak berapa minat. Kalau sate usus, lajuuuu!
Esok paginya, kami sarapan di cafe hotel, la. Rugi pulak kalau tak makan sarapan di hotel, dah bayar, kan.. walaupun kadang-kadang dikatakan percuma, hahahaha. Tapi, tu la, kesian PI sebab tak ada nasi lemak. Tu takpa, Sk minta omelet tapi dia buat telur dadar, terima ajelah.
Walaupun tak ada nasi lemak, tapi ada lontong lengkap dengan sambal tumis dan sambal kacang. Lodeh sedap tapi cuma ada hirisan kubis dan carrot aje serta suhun. Tauhu dan tempe dia tak letak.
Ada sate ayam tau tapi ada tiga empat batang aje dia letak dalam tray buffet tu. Kesian pulak tengok sate tu terlentang dalam tray sikit punya besar, kita ambillah satu buat raso-raso.
Pergi Muo memang x sah la kalau x makan mee bandung, sate dia...alaaa...terus teringin..
ReplyDeleteapa beza babat dengan usus. kami kt kelantan panggil perut lembu je semua..hehe
ReplyDeleteMee Bandung, Sup dengan Sate tu nampak sedap sangat
ReplyDeletelinda makan satey daging ayam @ lembu jaa...lain2 tak reti makan..
ReplyDeletedekat bihun goreng tu, kek lapis ke?? nampak sedap pula
Nampak best je, sup kambing cicah roti. Pi Muor, haruslah pekena mi bandung, ye dak.
ReplyDeleteBesornya gobok tu..Janji tempat selesa, memang bolehlah stay sini..
ReplyDeleteEhhhhh.. Baru tahu ada sate usus yee..Haha..Noob betul rasa..
Waah penasaran dengan rasa sup nya. Sup Hameed saya suka jugaaa. Sering makan jika ke Penang .
ReplyDeleteHotel vintage tp masih terawat ya kak. Walaupun kdg bathtub memang tak modern 😁. Tp kalo bawa anak macam saya, dah happy mereka bisa berendam 😄
Haritu dah nak book juga hotel ni sebab nak bercuti di Muo. Tapi tak jadi. Okay ye hotel ni, nanti boleh stay sini. Aduh ada mi bandung pulak. Kena plan jugak ni pergi Muo.
ReplyDelete