Assalamualaikum WBT
Kisah Bercuti 3H2M di Bertam Resort Penang
PETANG-PETANG tu, PI ajak jjcm di sekitar Kepala Batas. Jumpa satu cafe, jual Laksa dan Dessert (nama betul dirahsiakan) dekat-dekat kawasan situ jugak. Sk macam musykil aje PI nak makan kat situ. Tahulah, kafe-kafe ni bukan taste PI. Bila dah sampai tempatnya, jadi pelik, tak nampak pun meja makannya, tapi kedai tu memang jual dessert dan roti ala-ala vendor. Tak jadi, la.. kita cari tempat lain.
Dan.. kami ke sini selepas Sk membuat carian Mee Sotong di waze. Memang sebelumnya, PI ada tanya, nak makan laksa ke mee sotong? Sk ni memang tak kisah mana-mana sebab yang cerewetnya, PI, kan. Dia la pilih tempat laksa tu.. hihi.
Melihatkan pada kedudukan restoran di sudut bangunan, Sk fikir, ia kemungkinan dipandang rendah (underrated) tapi, jangan nilai buku dari kulitnya. Kami pesan seorang sepinggan Mee Rojak dan sepinggan pasembur. Cadangnya hendak mengeteh, tapi memandangkan cuaca panas, kami minum kordial Asam Ais. Dah siap, baru perasan ada ABC dan Laichikang.
Mee Sotong iaitu Mee Goreng dengan Sambal Sotong Kering. Mee goreng sedap, sambal sotong goreng pun sedap di tekak kami, tak mengecewakan. Eh, memang betul-betul sedap la masa kami makan ni.
Pasembur.. tengok pada rupa agak hambar dengan warna kuah yang pucat tapi bila suap ke mulut, ia berasa. Cucur dia pun tak keras. Cukup lengkap dengan tauhu, sengkuang dan timun disagat serta telur.
Jangan cakap pergi Penang eh kalau tak makan pasembur dan mee sotong. Ni kira hari pertama balik utara pun dah lengkap dah ni, dapat makan ikan bakar, pulut udang, mee sotong dan pasembur.
Syukur.. Alhamdulillah.
Biasa perempuan yang cerewet. Ini terbalik pulak. hihi...Pasemboq tu lain sikit daripada biasa. Mi sotong tu teringin juga nak rasa. Saya antara pergi Penang tak makan dua² yang ni. hihi...Next time lah kalau ke Penang lagi saya cuba.
ReplyDeleteDan² rasa nak pi Penang ahaha...
ReplyDeleteKadang kedai underrated gini yang sedap sebenarnya...nak² kalau tukang masak orang lama, mmg padu la
Masa singgah penang pun singgah makan mee sotong jugak. Kat Hameeds ke nama dia tak ingat dah. Suka mee sotong ni.
ReplyDeleteuiiii merah betul mi gorengnya yaaa...
ReplyDeletetp kalau dah sedap tak nampak dah semua tu hehehe