MAKAN MEE SOTONG & PASEMBUR DI RESTORAN AL SININ

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


Kisah Bercuti 3H2M di Bertam Resort Penang


PETANG-PETANG tu, PI ajak jjcm di sekitar Kepala Batas. Jumpa satu cafe, jual Laksa dan Dessert (nama betul dirahsiakan) dekat-dekat kawasan situ jugak. Sk macam musykil aje PI nak makan kat situ. Tahulah, kafe-kafe ni bukan taste PI. Bila dah sampai tempatnya, jadi pelik, tak nampak pun meja makannya, tapi kedai tu memang jual dessert dan roti ala-ala vendor. Tak jadi, la.. kita cari tempat lain.



Dan.. kami ke sini selepas Sk membuat carian Mee Sotong di waze. Memang sebelumnya, PI ada tanya, nak makan laksa ke mee sotong? Sk ni memang tak kisah mana-mana sebab yang cerewetnya, PI, kan. Dia la pilih tempat laksa tu.. hihi.


Melihatkan pada kedudukan restoran di sudut bangunan, Sk fikir, ia kemungkinan dipandang rendah (underrated) tapi, jangan nilai buku dari kulitnya. Kami pesan seorang sepinggan Mee Rojak dan sepinggan pasembur. Cadangnya hendak mengeteh, tapi memandangkan cuaca panas, kami minum kordial Asam Ais. Dah siap, baru perasan ada ABC dan Laichikang.  


Mee Sotong iaitu Mee Goreng dengan Sambal Sotong Kering. Mee goreng sedap, sambal sotong goreng pun sedap di tekak kami, tak mengecewakan. Eh, memang betul-betul sedap la masa kami makan ni.


Pasembur.. tengok pada rupa agak hambar dengan warna kuah yang pucat tapi bila suap ke mulut, ia berasa. Cucur dia pun tak keras. Cukup lengkap dengan tauhu, sengkuang dan timun disagat serta telur. 


Jangan cakap pergi Penang eh kalau tak makan pasembur dan mee sotong. Ni kira hari pertama balik utara pun dah lengkap dah ni, dapat makan ikan bakar, pulut udang, mee sotong dan pasembur.


Syukur.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Biasa perempuan yang cerewet. Ini terbalik pulak. hihi...Pasemboq tu lain sikit daripada biasa. Mi sotong tu teringin juga nak rasa. Saya antara pergi Penang tak makan dua² yang ni. hihi...Next time lah kalau ke Penang lagi saya cuba.

    ReplyDelete
  2. Dan² rasa nak pi Penang ahaha...
    Kadang kedai underrated gini yang sedap sebenarnya...nak² kalau tukang masak orang lama, mmg padu la

    ReplyDelete
  3. Masa singgah penang pun singgah makan mee sotong jugak. Kat Hameeds ke nama dia tak ingat dah. Suka mee sotong ni.

    ReplyDelete
  4. uiiii merah betul mi gorengnya yaaa...
    tp kalau dah sedap tak nampak dah semua tu hehehe

    ReplyDelete
  5. Terbalik la kita. Cie cerewet bab makan, husband pulak tak kesah je dia ikut je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!