Assalamualaikum WBT
BERTEMU kembali..
Dah seminggu kita menunaikan kewajiban berpuasa di bulan Ramadan bagi memenuhi Rukun Islam yang ke 5. Berpuasa ertinya menahan lapar dan dahaga tapi sekarang ni, macam-macam kaedah katanya agar tidak lapar dan dahaga semasa berpuasa. Ada yang suruh makan telur tiga biji masa sahur, ada yang kata jangan makan nasi, ada yang kata jangan minum minuman manis dan minuman bercafein. Ikutlah yang mana sesuai dengan badan kita. Puasa kali ni, Sk terpaksa ambil kopi semasa sahur, kalau tidak otak macam tak berfungsi masa mengadap PC, hehehe.
Akhirnya setelah beberapa kali hasrat terhalang, dapat jugak makan di Halaman Kitchen & Coffee di Kampung Melayu Majidee. Sebelum ni Sk pernah bawa pembaca bersarapan di sini, boleh klik
Banyak dah berubah suasana di Halaman Kitchen & Coffee ni, antaranya warna cat dinding utama ni. Kami sampai awal, baru ada tiga kumpulan pelanggan termasuk kami. Sk ajak Iman duduk betul-betul depan dinding ni.
Sebaik duduk, staf terus bagi menu bersama order chit ni untuk catit pesanan kita.
Terasa menyesal pulak duduk kat meja ni sebab mengadap matahari petang yang kadang teduh kadang terik. Bila datang terik tu rasa nak pindah meja tapi malu. Risau jugak nanti menyusahkan staf. Hadap aje laaa.. nak sangat duduk kat dinding tu, kan.. hihi.
Dekat Halaman ni orang kata jangan miss pesan tiramisu. Tiramisu dia buat dalam cup berpiring macam ni, unik jugak ideanya.
Selain cantik, ianya juga sedap. Cuma mungkin kami makan agak lambat dan nak tunggu semua pesanan sampai untuk ambil gambar, tu jadinya macam lembik sikit dan kurang sejuk, nak nak kena pulak panas duduk dekat situ, huhu.
Creamy Spicy Pasta served with Beef, RM18. Ni untuk Iman.
Disebabkan Iman dah pilih sos creamy spicy, jadi Sk pilih sos pesto dengan itik salai.
Pesto Cili Padi served with Duck, RM26.
Itik dia lembut, daging pun lembut, cuma bagi kami tekstur pasta dan sosnya agak tak sampai seperti apa yang kami bayangkan bila membaca ulasan di medsos. Jadi, untuk datang lagi tu, mungkin tidak la kot.
Betullah, sedap itu subjektif.
Ingatkan air tadi rupanya tiramisu. Mengiurkan la makanan kat situ.
ReplyDelete