MASAK ASAM PEDAS AYAM LETAK BELACAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK Iman dah balik ni, banyak kali jugak memasak. Tapi tu la, malas betul nak ambil gambar. Antaranya.. masak Udang Masak Lemak Cili Api, Daging Kicap dan Asam Pedas Ayam. APA tu, Iman yang request, rindu nak makan asam pedas dia kata. Beberapa kali makan asam pedas kat kedai, kuahnya berair. Ada yang faham tak kuah berair tu macam mana? Dia macam kuah asam pedas tu terpisah dua, yang merah dan yang jernih. Jadi, jom la kita masak asam pedas.


Stok cili giling pulak tak banyak, kena tambah cili giling tapi stok cili kering tinggal yang jenis pedas melahar. Sk campurlah cili pedas dengan yang tidak. Kali ni Sk letak belacan. Kadang-kadang tak letak, kita letaklah sikit bagi kaw asam pedas kita, hehehe.



Lepas siap masak, tak ambil gambar tapi masa masak tu ada ambil video, kononnya nak buat IG stories tapi lupa, hehe. Kita screen shot dari video la ya. Ni masak ayam setengah ekor, potong kecik dan ambil tiga ketul untuk digaram kunyit dan digoreng.



Banyak buat kuah asam pedas sebab Iman suka banyak kuah. Walaupun pedas tapi tetap masing-masing menambah kuah ya. PI jer la yang tak tahan pedas sangat dia kata, PI jenis makan nasi suka letak kicap. Dah letak kicap pun masih pedas katanya.



Lahhh.. kalau tak pedas, bukanlah namanya asam pedas, betul tak, hihihi. Ni lepas tumis cili, Sk masukkan ayam dan biar selama kira-kira 15 minit (tutup periuk), baru masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto. Belacan Sk letak masa menumis, sebelum masukkan ayam. Tak letak kiub ayam la sebab dah letak aji. Selain air asam jawa, Sk letak juga asam gelugor. Asam gelugor tu beli kat Temerloh tahun lepas, tak habis-habis guna ya. Maklumlah, rajin sangat masak, hahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA seminggu dua ni malas amik gambar..ntah apesal ntah....hari tu ada gak masak asam pedas ayam..tapi just masukkan dalam kuah baki asam pedas ikan la...itupun sebab suami kita request..so..dia sorang je la makan...SA cilok dari dia je..ok gak asam pedas ayam..nanti nak buat la...

    ReplyDelete
  2. sy kalau asam pedas yg betul2 pedas sy suka kalau lauknya ikan... kalau daging ke ayam ke sy suka pedas light2 je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!