Assalamualaikum WBT
SEMALAM, PI cakap, malam nak makan nasi lauk Ayam Masak Kicap. Sajalah tu dengki kat Iman yang tak makan lauk kicap. Tapi takpe, tuari kan masak Asam Pedas Ayam, ayamnya dah habis, kuah ada lagi Sk simpan. Nanti rebus ayam seketul, masukkan dalam kuah, panaskan. Jadi, suruhlah Iman rendam ayam. Tup tup balik rumah, tengok.. rupanya Iman pi rendam rangka ayam. Dah kena rendam ayam lain pulak.
Tu takpa, PI balik, bawa tauhu pulak. Tak payah masak Ayam Masak Kicap, dia kata. PI minta masakkan Sambal Taukua dan Ayam Goreng. Dah satu kerja nak goreng tauhu, nak goreng ayam jugak. Nasib baiklah kebetulan, semalam ke.. kelmarin, Sk beli online cili giling kat TT dan tengahari semalam dah sampai. Gedebak gedebuk, pukul 9 lebih baru makan malam, huhuhu.






Bila hari bekerja pasti lewat makan malam kerana kena masak dulu. Cabaran wanita bekerja.
ReplyDeleteSenang..2 botol terus SK borong cili giling
ReplyDeleteSambal tauhu ni sedap kalau regu dgn kari dhal. Hmmmm i miss my mama’s dhal curry.
ReplyDeletesedapnya kuih tart tuuuu
ReplyDeletenampak sedap tart tu dan juga tauhu tu sedap elok
ReplyDeletePedas tak, cili gilingnya, SK?
ReplyDeleteWah, lain macam rupa tart nanas itu. Sesak teruk ya, dari gelap sampai terang, belum sampai office.
Ih best nya kalau ada yg jual sambal giling segar begitu. Dan sedap. Pernah beli sambal giling, saya kurang suka rasanya. Memang harus banyak mencari sampah ketemu yg sedap.
ReplyDeleteSamaaa dengan kucing saya kak. Sukaa duduk atas meja 🤣🤣. Memang spot fav mereka lah
Wah, banyaknya cili giling tu SK.
ReplyDeleteTart nanas tu saya belum jumpa CNY ni.
SA pun pakai cili yang sama..beli 2 botol sekali senang...lama nak habisnya
ReplyDelete