Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH..
Semalam, Sk sekeluarga dan Along berkesempatan memenuhi jemputan Walimatulurus Hambali dan Liyana, anaknda kepada sepupu kami Kak Saadiah dan suaminya Ustaz Abdul Kadir di Balairong MITC, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Sk anak-beranak menginap di Ames Hotel yang terletak di Ayer Keroh. Pandai PI pilih hotel yang berdekatan dengan Balairong MITC. Walaupun dekat tapi kalau naik kereta, kalau jalan kaki, pengsan! Along datang ambil kami di hotel untuk ke Balairong MITC.
Park kereta betul-betul depan pintu masuk balairong, hehehe. Sebelah ni ada gerai apam balik dan pak tongko (cakoi).
Sk pada mulanya terbayang balairong ni macam istana zaman silam.
Jamuannya ada nasi putih berlauk dan nasi beriani. Kuih-muih pelbagai dan minuman pilihan juga pelbagai perisan dan warna. Sk pilih air jagung.
Tapai pulut daun getah. Dalam sebungkus tu banyak isinya, agaknya pasal daun getah tu besar-besar.
Kami tiga beranak.
Iman panggil Along, mama.
Sk dan Along, duduk sama rendah.
Berdiri tak sama tinggi, hehehe. Tu la, dulu kecik-kecik tak nak bergayut kat tuang Along ni, hahaha.
Yang tengah-tengah tu adik sepupu kami, anak Pak Usu, Fikri dan isteri serta anak-anak.
Kulaannn.. Kak Ruqayah dan Kak Normadiah. Kedua-dua ni anak arwah Pak Uda Sahar (abang arwah ibu).
Kulaann lagi.. bukan senang nak berkumpul. Kalau ada majlis kahwin pun kadang tak datang saing. Oh, Angah, Cik Ani dan Cikwa tak dapat datang sebab ada komitmen lain.
Inilah mak pengantin, Kak Saadiah. Aaa.. masa kecik-kecik dulu selalu dengar pengalaman Kak Saadiah semasa tinggal di asrama. Apalagi, cerita hantu laaaa, hahaha. Terima kasih buat Kak Saadiah sekeluarga atas undangannya. Semoga sihat dan sejahtera selalu Kak Saadiah sekeluarga, Amiiinnn YRA.
















Selamat pengantin baru...
ReplyDeleteSedapnya menu kenduri. Payah nak jumpa tapai bungkus daun gitu. Selalunya dalam bekas2 kecik tu je.
ReplyDeleteMeriahnya alhamdulillah... Tahniah buat sepupu SK sekeluarga, terima menantu. Seronok berkumpul dgn keluarga besar gini
ReplyDeleteSusah dah nak jumpa pokok getah sekarang ni. Manalah dapat daun getah bungkus tapai tu kan SK.
ReplyDeleteseronok sebenarnya bila dapat jemputan kahwin ni... selain dpt mkn sedap2 kita juga dpt jumpa org yg dah lama tak ketemu... nak harap jumpa masa raya je mmg tak laa hehehe
ReplyDeleteSemoga kekal ke jannah, pasangan pengantin. Alhamdulillah, dapat memenuhi jemputan kenduri.
ReplyDelete