PUM PANG RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



AKHIRNYA.. muncul jugak Tuan Tanah Kedaung di Syawal yang ke 10. Di kesempatan ini, Sk sekeluarga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan pembaca dan rakan blogger. Semoga Syawal ini menyucikan kembali hati kita, buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi, kata lirik lagu P Ramlee, hihihi.

Tema warna baju raya tahun ni, Teal Blue. Baju semua dah sedia sebelum puasa lagi. Baju PI beli secara online, baju Sk dan Iman beli di Butik Jasmina Melaka. 



Giliran berhari raya tahun ini sepatutnya di sebelah Pak Inche, tapi giliran ipar duai pulak di sebelah keluarga mentua masing-masing. Maknanya, jika kami teruskan beraya di sebelah PI, nanti jadi macam tahun lepas, lah.. semua orang dah balik. Mujurlah masa tu, Kak Roz berkorban tunggu kami balik untuk masak-masak, hihihi. Jadinya, atas pakatan bersama, tahun ini giliran berhari raya diputuskan di Johor. Tapi, dua minggu sebelum raya, Kak (sulung) beritahu, beliau akan beraya di KL. Apa lagi, ligatlah kepala PI nak beraya di KL jugak. Tapi, sebab dah janji nak raya di Johor, maka kena jugak raya kat Johor dulu arrrr.



Alhamdulillah, pagi raya kami menziarah pusara ibu di Tanah Perkuburan Saleng sayangnya tak sempat nak berziarah ke pusara abah di Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Semoga doa yang dipanjatkan sampai buat keduanya.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"



Dari Saleng, kami beraya ke rumah Mak Enon (adik ibu) di Taman Skudai Kanan. Mak Enon sihat-sihat jer, Alhamdulillah. Sk beberapa kali cerita tentang Mak Enon ni la yang jadi bidan terjun semasa Sk dilahirkan gara-gara ibu asyik bertangguh ke hospital, hehehehe. 


Menu raya di rumah Mak Enon yang menjadi kegemaran kami semua tentulah ketupat nasi dengan kari ayam. Masa ni, Angah dan Cikwa belum sampai jadi kami makan dulu sementara tunggu mereka dan keluarga mereka. Cik Ani pulak beraya di Terengganu.


Lepas makan, duduk tepi, bagi laluan pada Angah yang baru sampai, hehehe. Tahun ni PI pakai ala-ala bangsa Johor. 


Eh, sambung makan kuih raya pulak dia ya.



Sebelum balik kenalah bergambar dahulu sebagai kenangan raya tahun ini. Hampir nak tersama warna tema dengan Cikwa, tapi Cikwa ke arah kelabu gitu. Angah merah Mak Ngah nampaknya.



Lepas tu pergi rumah Mak Leha pulak (balu Pakcik Din). Dekat sini kami dijamu dengan Nasi Beriani dan Laksa Johor. Sk makan LJ, PI makan Nasi Beriani. Dah balik tu, baru dia cakap, Kurma Kambing sedap, haishhh.. rugi pulak tak makan, hihihi. 



Kita layan kuih raya la pulak ya. 



Plan A - Kalau raya jatuh hari Jumaat, pagi Sabtu Sk ke KL
Plan B - Kalau raya jatuh hari Sabtu, tengahari Sk ke KL.

Jadi, kenalah ikut plan B. Angah dan Cikwa meneruskan beraya menuju ke rumah Mak Lang (kakak ibu) pulak. Walaupun Mak Lang dan Pak Lang dah tak ada, tapi anak-anak mereka tetap meneruskan tradisi. Tak kisahlah engkau nak datang berapa kereta pun, pagi buta ke, tengah malam ke, tetap disambut dengan gembira.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari raya, SK. Ampun dan maaf sepanjang kenal di dunia blog ni, ya. 🤗 Raya pertama, saya ada di PJ.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. SK kongsi suasana raya. 👏👏👏 Blog kembali ceria.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak...maaf zahir batin,tahun ni warna biru mendonia,teal blue,baby blue,dark blue
    akak nampak susut...moga sihat2 selalu ye kak

    ReplyDelete
  5. SElamat hari raya kak... akhirnya dana baru pun baru munculkan diri setelah beraya sakan heheheh

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri SK..Maaf Zahir dan Batin..cantik theme kaler teal blue..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!