ASSALAMUALAIKUM...
ANDA gilakan sambal? Saya, ya.. saya penggila sambal. Sebutlah apa jenis sambal pun saya memang suka dan makan banyak. Sukar saya nak beritahu yang manakah sambal yang paling saya gila sekali sebab semua saya suka dan boleh makan banyak sambal dalam satu masa. Makcik yang jaga kantin kolej pun tahu saya hantu sambal.. ha.. tadi kata gila ni dah jadik hantu pulak.. hehehe.
Resepi sambal tomat ini saya jumpa hasil menyelongkar dapur Kak Ida yang sekarang ini berada jauh di kampung orang putih tu. Memang best sambal tomat ni dan dah banyak kali saya buat. Yang tak bestnya bila dah kena sambal tomat ni saya selalu terlupa hendak kurangkan makan. Dan lagi kalau ada sambal tomat ni saya memang tak pandang dah lauk lain. Laju jer menyuap tak toleh kiri-kanan dah.. terukkan.. memang teruk.. dasar si penggila sambal. Sambal tomat ini merupakan sejenis sambal dari Jawa dan biasa disediakan di Restoran Minang atau Nasi Padang Asli. Kalau pergi Restoran Minang atau Nasi Padang tak ada sambal ni kira macam tak acilahkan.. minyak yang berlinang tu perlu supaya sambal dapat direnih lama dan tidak kering atau hangus di kuali. Tapi janganlah sampai berkuah minyak pulak ya, karang makin membiak pulak lemak, hehehe. Sambal ini juga boleh digunakan untuk masakan ringkas lain seperti nasi goreng, sambal ayam, daging, atau seafood dan sebagainya.
Sambal Tomat
Sumber : Koleksi 1001 Resepi
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji
tomato
1 biji bawang merah, hiris nipis (saya gunakan bawang besar)
belacan, sebesar ibu
jari
garam, gula, msg secukup rasa
Cara membuatnya:
Panaskan
sedikit minyak, masukkan hirisan bawang dan goreng sebentar (jangan garing).
Sementara itu tumbuk lain-lain bahan seperti menumbuk sambal belacan. Masukkan
bahan tumbuk ke dalam kuali (yang ada bawang tadi) dan terus menggoreng semua
bahan sehingga menaikan aroma dan sedikit garing....rasanya haruslah pedas
manis....sedaaap...
p/s terlebih rajin post dua entri hari ini.. sebenarnya silap teknik masa publish.... jadi jangan pening kalau entri bertukar-tukar hari ini ya ;-)))))
Labels
aaron aziz
acar
aidilfitri
apa cerita
apam
asam pedas
award
ayam
bali
Bandung
Batam
bihun
bloglist
blueberry
bola
boycott
burger
cake in jar
cendawan
cerita bersiri
coklat
cream puff
cucur
daging
diabetes
doa
donut
durian
fear factor malaysia
fettucinne
GA
gulai kawah
gyoza
hari lahir
hidayah
ikan
jalan-jalan
Johor
kad
kaki
kambing
karaoke
kari
keju
kek
kek cawan
kenangan
kentang
kepala
ketam
kisah pelajarku
kucing
kuey teow
kuih melayu
kuih tradisi
laksa
lala
lawak
legoland
lembu
lemon
link best
macaron
makan
makanan laut
masakan barat
maulid
meatball
medan
mee
minuman
muffin
myChef
Mykad
nangka
nasi
no label
novel
nukilan untuk teman
ombre
oreo
panduan
pasta
pastri
pavlova
pencuci mulut
penne
petua
pie
pie maker
pisang
pizza
promo
pulut
racun
rainbow cake
ramadhan
red velvet
rendang
resepi adigun
resepi ibu
roselle
roti
roti jala
safee sali
saja
salam
sambal
sejarah
SeriKandi Cintaku
siput
soto
sotong
spaghetti
sup
swans cream puff
tagged
tapai
tart
tauhu
tayar
tazkirah
telur
tempahan
terbang
tetel
tinggi
tudung
tulang
twisties
udang
ulangtahun perkahwinan
wang
wordless wednesday
yang popular
Yaya
zonan

10 comments:
kalau balik penang mmg mak mertua AK buat mcm ni lah..makan ngan kari ikan...pehh sedap
Kalau ada ulam lagilah Sari memang tak ingat berapa pinggan dah masuk perut...
Sambal tomat ni memang enak makan dgn ikan goreng dan nasi putih panas. Cukup la tu, itu jer dah boleh tambah 2,3 pinggan.
Sedapnya makan dgn nasi panas2 dan ada pulak ikan masin,mmg makan bertambah.
sari ..
melampauuuu tayangan kali nie..dh terasa2 kesedapanye nie..aiisshhh:)
Sedapnya sambal basah2 mcm ni sari
AsSalam, salam perkenalan. first time jenguk blog Puan.
sambal tomat memang sedap, oleh kerana tak boleh makan belacan banyak.. saya gantikan belacan dgn ikan bilis goreng. .. rasanya tetap sedap.. puan cuba laa.
Laila
Salam Sari...ini semua boleh menambahkan berat badan...heheheh
tun pun hantu sambal! 1st time dgr nama tomat nih. hihi
rasanya macam pernah makan...memang sedap ni...dan juga tahan lama kan.
Post a Comment