Assalamualaikum WBT
BERSAMBUNG lagi kisah Jalan-Jalan Cari Makan semasa Menginap di Raia Hotel Kuala Terengganu.
Balik dari Nostalgia Studio Jalan Ampas, sebelum naik ke bilik, kami singgah di Kopitiam Raia yang terletak di aras bawah Raia Hotel. Kopitiam terbuka ni menawarkan pilihan pelbagai menu kopitiam dan juga kek ya. Ia macam kafe hotel tapi konsep kopitiam. Tak semestinya tetamu hotel sahaja boleh singgah ke sini, mereka yang tidak menginap di hotel pun boleh saja datang.
Menu kopitiam yang biasa aje la. Kalau nak kek, boleh tengok di kaunter dan pilih, kemudian staf akan hantar ke meja.
Pilihan minuman.
Catat pesanan di order chit dan serahkan pada staf.
Suka tengok dekorasi dalam kopitiam yang menampilkan tema retro dengan poster filem klasik.
Iman cakap, makbul doa bonda, dia dapat kerja lepas balik dari Terengganu. Aaa.. Sk risau jugak kalau dia dah dapat kerja awal dan tak boleh ikut ke Ganu ni.
Iman makan Laksa Penang. Dia sejak akhir-akhir ni suka sangat makan Laksa Penang ya. Kalau PI pergi pasar malam, nanti dia akan kirim Laksa Penang.
PI makan Mee Kari. Sebenarnya dia nak makan Nasi Lemak Daun Pisang tapi dah habis. Sk tak makan, ngecek makanan diorang jer la sorang sesudu.
Selfie satu kali depan cermin sebelum mandi dan masuk beradu. Tengok gambar ni baru perasan, elok sangat dua beranak, sorang baju belang melintang, seorang lagi baju belang menegak, hahahaha.
Sarapan hari pertama, nampak Nasi Dagang sekuali, di sebelahnya Gulai Ikan Aye. Ada nasi minyak jugak tapi dukacita untuk PI, tiada nasi lemak, haha.
Sk tentulah pilih Nasi Dagang Gulai Ikan Aye dan Telur Rebus.
Ini barulah Ganu! Sedap nasi dagangnya walaupun kurang asli.
Ada Pulut Kuning dan Rendang Daging. Ada ubi rebus, kelapa parut dan gula perang.
Sambung pulak makan Bihun Goreng Putih, siew mai dan keropok lekor. Bihun Goreng Putih dia rasa sama seakan Bihun Goreng Putih yang Arwah Mak Usu Sk selalu masak.
Bukan tak kenyang tapi teringin pulak Roti Titab ni, kena DIY la tapi.
Ambil half boiled egg, pecahkan atas roti yang diletak kaya, tapi, tergoleklah pulak kuning telurnya, hahaha.
Petang tu, pergi Mayang Mall, pulak. Saja window shopping. Tak shopping pun ah, tengok ada Cafe Chef Wan milik Chef Wan rupanya di Mayang Mall ni. Tapi, kami tak pergi la, lari bajet nanti, hahaha. Mayang Mall macam lagi best dari KTCC Mall, la sebab ia lebih moden dan banyak pilihan kedai berjenama. Tudung yang Sk pakai tu, baru beli di KTCC Mall semalamnya, Iman belanja, heheh. Baju pun baru beli jugak kat KTCC tapi tu beli sendiri, hihihi. Dia dapat tudung tu dulu, lepas tu terjumpa baju yang matching dengan tudung terus sambar!
Kami pergi Restoran Kaki Lima ni. Ia kopitiam rupanya, dah duduk, malas nak pergi tempat lain. PI pesan Telur Separuh Masak.
Selain roti bakar, Sk pesan Chee Cheong Fun. Tak tahu nak pesan apa, tak banyak menunya. CCF dia makan dengan kuah kari, sambal tumis dan cili jeruk.
Bapakkkkk.. makan sikit jer pun dah patploh, adeh!
Kami balik hotel dulu, malam baru keluar semula ke Restoran Steseng - Nasi Berlauk Malam untuk makan malam.
Memang lauk ikan di Terengganu ni besar-besar bas ek ikannya. Selain ikan masak lemak, Sk ambil paru goreng dan sambal belacan. Sayur tak ada, habis dah kot.
Oh, adalah sayur kubis, hehe. Ni PI ambil paru goreng dan ayam goreng.
Iman ambil tomyam dan ayam goreng serta sambal hijau. Ramai eh datang sini, mungkin sebab dia jer yang jual lauk nasi campur waktu malam. Yang lain kebanyakan kedai tomyam. Sedap dan berasa rasa lauk-pauk di Steseng ni.
Puas hati, ambil lauk banyak macam ni termasuk tiga gelas ais limau, RM48.
Balik tu, kami terus ke dewan untuk taklimat dan rehearsal Majlis Perkahwinan Sulhi dan Nadia yang akan berlangsung esoknya.
Sarapan Hari Kedua, yey!! Ada Nasi Dagang lagi. Hari kedua ni tak ada nasi minyak, nasi lemak lagilah tak ada. Kecewa PI.
Wajah kekecewaan. American Breakfast dia tak menarik la bagi Sk, side dish dia biasa-biasa jer untuk budak-budak boleh laaa.
Ada Mee Goreng, wajiblah ambil ya, Sk suka sangat Mee Goreng, hehe. Selain tu ada jemput-jemput. SK ambil wedges jugak, lagi satu tu ayam goreng.
Keropok lekor dan Siew Mai. Pau Kacang Merah tu Iman punya. Keropok lekor dan sos dia sedap.
PI ambil Laksa Penang. Nampak sedap, kan. Memang sedap nampaknya tu kalau tengok gaya PI makan, Sk lupa nak merasa.
Ambil pastries. Kuih-muih dan kek pun ada ya kat buffet breakfast dia. Pastries dia sedap, rapuh dan gebu. Kuih pun sedap tiada rasa pengawet. Kadang punca rasa pengawet tu dari pewarna makanan yang dimasukkan.
Masa nak naik ke bilik, terserempak dengan Sham Visa. Dia terus ajak PI bergambar (tipu). SK sekarang dah tak bergambar la dengan artis lelaki, hormat suami, hehehe.
Bersambung lagi...


































Cantiklah tudung SK yang Iman belanja tu. Sweet!
ReplyDeleteMakan sarapan di hotel pun dah macam-macam menunya, wajiblah cuba menu pantai timur nasi dagang tu kan.
Banyak betul pilihan sarapan kat Raia Hotel tu, memang berbaloi makan nasi dagang gulai ikan aye tu! Rambang mata tengok lauk-pauk kat Restoran Steseng malam tu, saiz ikan kat Ganu memang terbaik. Sweet betul Iman belanja tudung kat KTCC Mall..cantik warna dan coraknya lembut aje...
ReplyDeleteRaia Hotel ni under TH kan...sedap2 belaka makanannya...
ReplyDeletePI tak makan nasi dagang ye kak?klu kita dapat nasi dagang heaven sangat la kan
ReplyDeleteBagus sangat ada cafe kat hotel. Boleh juga kita lepak mengopi. Suka jugalah tengok konsep dekorasi kopitiam ni. Poster klasik dengan tiles morrocan tu.
ReplyDeleteCantik aturan Allah, Iman dapat kerja dan lepas balik dari Terengganu. Dapatlah Iman ikut sekali ke Terengganu sebelum masuk kerja. Nampak sedap menu-menu dia.
Tema belang-belang ek. Shades og blue. Cantik sedondon ibu dan anak.
Ini yang bestnya kalau bercuti di Terengganu, hotel dia sediakan sarapan makanan lokal. Barulah Ganu. Macam ni baru syok bersarapan.
Puas hati juga JJCM di Ganu semua sedap-sedap kan.
Ehhhh..Tony Stark! Boleh bergambar dok sebelah husbandlah tapi.
Nanti nak stay sini la, dapat semalam pun jadilah hehe... Best kopitiam hotel ni, lawa dekonya.
ReplyDelete3-4 kali kita dok menyebut Steseng tu SK :D
Hidang dalam kuali menu buffet tu.
ReplyDeleteesok turn saya plak bercuti ke terengganu
ReplyDelete