MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, June 4, 2013

SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

ASSALAMUALAIKUM...


MESTI ramai peminat sotong gergasi goreng tepung (SGT) dekat sini kan?? Macam orang lain, Seri Kandi anak-beranak pun merupakan peminat SGT ni. Suatu masa dahulu, SK pernah buat SGT ni dan ianya menjadi. Zaman belum pandai berblog dan berblogwalking, tak silap SK dapat resepi tu dalam suratkhabar atau majalah. Tapi itulah sekali SGT SK menjadi, lepas tu kalau buat lagi, hampeh, walaupun guna resepi yang sama entah di mana silapnya SK tak tahu sehingga SK dah malas nak membuat SGT lagi. Teragak nak makan, pesan aje di kedai.. huhuhu.

Kemudian, masa jalan-jalan di pasaraya gergasi tak silap, SK terjumpa sejenis tepung untuk menggoreng makanan laut ni. Tapi samalah jugak, tulah sekali menjadik, macam terkena sumpahan pulakkan, hahaha. Entah kenapa, malam kelmarin punya kelmarin, entah kenapa SK tetiba jer terrrrrajin nak mencuba lagi buat SGT ni dah SK google resepi SGT versi rangup (sebab selalu jumpa yang versi macam jemput-jemput maka terjatuh hatilah untuk mencuba resepi dari blog INI.

Alhamdulillah, memang sangat menjadi kerana Nas bukan sahaja berkongsi resepi tetapi juga tips bagi mendapatkan gorengan yang rangup dan sekaligus SK dapat mengagak kesalahan-kesalahan yang SK buat sehingga SGT SK sebelum ini longlai dalam pinggan sebelum sempat dihidang, hehehehe. Kepada Nas, terima kasih kerana berkongsi tips dan resepi SGT Rangup ni ya.. SK panjangkan pula di sini..

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Sumber : NasRina Honey

Bahan-bahan :

4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya (SK tambah)
Serbuk lada hitam secukupnya (SK tambah)
Serbuk kunyit secukupnya (SK tambah)
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
8. Rujuk tips di bawah...

Tips :
1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

*Hidangkan bersama sos cili thai... nyum nyum nyum...

15 comments:

  1. nak try... selalu buat tak menjadi.. dah tekap tisu semua tapi tetap lembik.. keciwa je.. tq kak..

    ReplyDelete
  2. sedaaaaaaaaaaap nya...nak jugak..tu la kan kalau angkat terus atas tisu dapur nanti ia melekat kat tisu tu..hehe

    ReplyDelete
  3. mmg nampak rangup n menyelerakan!

    ReplyDelete
  4. akk pun peminat tegar SGT ..nnt akk nk cuba jgk..nampak mmg mabless..slalu klu tringin akk pun beli jew h ehee..

    ReplyDelete
  5. Kakak nak cuba buat cara SK. Semalam kawan abang baru balik dari T'ganu bagi sotong besar-besar lengan budak 7 tahun macam terasa besar sangat.

    Best nak copy resepi SK ini.

    ReplyDelete
  6. kalau saya kan kak..guna tepung jagung jer semata. Gaul tepung sikit dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam. Sotong tu celup dalam telur, salutkan dengan tepung kering tu, terus masuk kuali. Insya Allah, tak lembik. Tapi teknik kering dan tos tu sama juga lah...hehehehehe

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam... Thanks ye utk credit entry ni.. Nampak menyelerakannye sotong kat atas tu time2 dlm pantang mcmni...tak sabar nak buat lg. :p

    ReplyDelete
  9. Nmpak rangup kejadian sotong goreng ni..biasa wat style sendiri...len kali nk cuba yg ni pulak insyaALlah

    ReplyDelete
  10. shida dah buat td...sedap ranggup tp tawar skit sebab xberani nak agak letak garam

    ReplyDelete
  11. menarik la SK...cikda pun selalu fail bikin sotong goreng tepung ni.. InsyaAllah boleh cuba resepi ini.. :)

    ReplyDelete
  12. baru tau rahsianya... heheh..tq share kak!

    ReplyDelete
  13. jazakallah dah buat dan sangat menjadi. Telur saya pakai 2 biji. Terima kasih again!

    ReplyDelete
  14. Tq..menjadik cuma kurang perasa ;) at least x lembik mcm slalu

    ReplyDelete
  15. Mohon share,nak cuba ni, Terima kasih.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?