MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, February 14, 2014

SIPUT KEMUDI... MASAK APA SEDAP????

ASSALAMUALAIKUM...


SIPUT kemudi namanya. Ada sesiapa yang pernah makan? Seumur hidup Sk, inilah pertama kali Sk jumpa siput dari spesies ini dan bukan sahaja Sk, rupa-rupanya ER juga tak pernah jumpa apatah lagi menikmati keenakan daging siput ini. Siput ini mempunyai cengkerang seperti kerang, kupang, kepah, remis, retak seribu dan haiwan bercengkerang seumpamanya dan bentuknya lebih panjang dan tirus. Kulitnya nipis dan mudah dipatah-patah begitu sahaja untuk melihat isinya yang agak tebal berwarna putih kekuningan. Saiznya sebesar tapak tangan orang dewasa.
 

Menurut Si Pemburu Siput ini yang Sk temui di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah,
siput ini amat enak rasanya. Seekor siput ini dijual dengan harga antara RM1.80 hingga RM2.00 (mentah) dan dia mencadangkan kami untuk mencubanya di gerai makan yang berhampiran. Errrrr... walaupun Sk ni boleh dikatakan jenis makan yang cuma tolak batu dengan kayu tak kepingin pulak untuk mencubanya. Kalau lain kali tu, tak tahulah ya.. hihi. Haaaaaaaaa... ada sesiapa yang pernah menikmati siput kemudi ini???? Sedap tak???? Komenlah sikittttttt....

10 comments:

  1. besar ye siput kemudi ni.. hmmm kalau nani tak tau nak bagi idea.. sbb tak penah makan kot.. agak2 sambal ok tak?

    ReplyDelete
  2. Tempat kita ni macam tak ada kan SK.
    Kakak pun tak pernah rasa sebab nampak pun tak pernah lagi..

    ReplyDelete
  3. wah, kaler kulit mengelitt. sy xpnh mkn lg siput ni

    ReplyDelete
  4. kalau akak teringin juga nak rasa walaupun seekor.. ehh.. nak guna penjodoh bilangan apa ya SK? hehehe...

    ReplyDelete
  5. Waktu siput kemudi mudah diperolehi dulu.., inilah alternatif untuk buat rendang, selain udang dan kerang... :)

    ReplyDelete
  6. lawa warna cengkerangnya sperti warna pelangi...saya pun first time tengok

    ReplyDelete
  7. Saya pernah tengok gambar, tapi tak pernah jumpa lagi. Sedap agaknya yer...

    ReplyDelete
  8. saper x pernh makan disarankan mencubanya...siput ni sgt sedap terutama bhg scallop nya..klu nk masak jgn gunakan air terlalu bnyk..sbb siput ni pun bnyk kandungan airnya...takut mengurangkan perisa rempah yg digunakan...slmt mencuba..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...