MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, March 3, 2014

COCONUT SHAKE ALAI.. TAK KURANG SEDAPNYA!

ASSALAMUALAIKUM...


ANDA peminat coconut shake? Atau suka minum air kelapa sahaja? Orang kata tidak sah ke Melaka kalau tidak menikmati keenakan coconut shakenya yang menjadi salah satu daya tarikannya selain dari ikan bakar dan asam pedas. Sk kalau ke Melaka ini termasuklah dalam agenda wajib... errrrr... sebenarnya bukan Sk tapi ER... huhu. Jadi kita sebagai isteri ni layankan sahajalah kehendak suami. Bukan apa, orang laki ni kalau merajuk, buruk tau!


Kalau nak tahu pertama kali Sk menikmati coconut shake ni bukan di Melaka tetapi di Bagan, Rengit iaitu rumah abang sepupu Sk. Anak saudara Sk tinggal di Melaka dan mengusahakan perniagaan coconut shake ini dan dialah yang memperkenalkan kepada kami. Katanya kalau ke Melaka jangan lupa cari coconut shake ni. Tu yang setiap kali ke sana mesti nak minum tak pernah lagi jemu dan muak. Tapi sampai ke sudah tak pergi ke tempat anak saudara tu sebab dah jauh sangat dekat dengan Alor Gajah sana (tak silap). Sk pergi yang paling dekat sahaja iaitu di Klebang. Siapa yang tidak kenal dengan Cococnut Shake Klebang, kan.


Tapi, kalau anda berada berhampiran pinggir Melaka menghala ke Muar apakata anda mencuba Coconut Shake di Alai. Perghhhhhhhh! Memang pior dan lebih berbaloi-baloi. Gelasnya lebih besar dan tinggi dan kisaran kelapanya lebih halus dengan rasa yang lebih lemak. Bagi Sk setiap kali nak balik ke Johor (kamikan ikut jalan lama) singgah menikmati Coconut Shake di Alai adalah wajib. Jom!!!

6 comments:

  1. Alai jauh dengan Alor Gajah...heheheheheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya pusing2 Melaka tu tak jauh pun kan Ziela.. yg sbnenar takde tujuan nak gi Alor Gajah, hehehhe

      Delete
  2. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Salam Sari..Kat TI selalu nampak org jual coconut shake ni..tp lom sempat2 nak singgah .Sedap yerrr...

    ReplyDelete
  4. Coconut Shake kat Alai?...alahai boleh singgah ni balik sg. rambai nnti.

    ReplyDelete
  5. wow.. mengiurkan.. :) pernah try klebang coconut shake.. best..!

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...