MH370... TRAGEDI ATAU MALAPETAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...


CELIK sahaja biji mata ini sahajalah yang menerpa fikiran terlebih dahulu
(selain dari mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana masih hidup lagi pagi ini).
Sejak hampir dua minggu dikejutkan dengan berita ini,
Sk tertanya-tanya, apakah ini suatu tragedi atau sebenarnya malapetaka.
Astaghfirullah, kenapa masyarakat kita asyik nak bertekak di pentas maya.
Masing-masing ingin menegakkan pendapat masing-masing sampai bergaduh-gaduh.
Nasib baiklah cuma di pentas maya kalau di alam nyata mahu ada yang hilang bijik mata agaknya.

Tidak kurang juga yang memberi pendapat kurang cerdik dan ada pula yang terlebih cerdik.
Yang memberi huraian panjang berjela, yang serkap jarang pun ramai juga. Hati-hatilah dalam memberi pendapat bak kata orang lama,
 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.
Allahyarham Izi Yahya dalam filem 'Ali Setan' pulak kata,
 'Jangan main tuduh-tuduh!'
Sk bimbang dan terlalu sangat bimbang kita tertimpa bencana akibat dari peristiwa ini.
Kurangkanlah bercakap menggunakan keyboard ditakuti nanti mengundang fitnah.
Ingatlah anak cucu cicit kita yang akan mewarisi negara ini.
Biarkan pemimpin menjalankan tugasnya
semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

Aamiiinnn.. aamiiinnnn Ya Rabbal Aalamiiinnn.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul tu kak. Saya rasa kalau kita warga Malaysia tak kawal situasi ini, kita mungkin akan dijajah semula. Kita semua wajib bersatu menentang anasir luar. Bantuan, bantuan juga, tapi waktu macam ni, pemimpin kita perlukan kita.

    ReplyDelete
  2. Sepatutunya begitulah. Kita sebagai rakyat yg ada akal waras teruskan berdoa.
    Sedih bila macam-macam isu jadinya dari kes hilangnya MH370 ini.

    ReplyDelete
  3. Sekelip mata, ramai yang jadik pakar aviation tak bertauliah, yg keluarkan pendapat yg kadangkala, mengguris perasaan byk pihak

    ReplyDelete
  4. sgt setuju.
    kalau kita diberi peluang mungkin tak dpt mengalas tanggungjawab amanah rakyat .

    ReplyDelete
  5. sangat setuju kak seri.
    bila baca macam2 benda yang di forward kat kita tu, mostly lebih pada penilaian individu
    tapi ulasannya macam betul je kononnya
    yang kesian mangsa n family dia org...
    betul kata orang bijak pandai.... tak bererti banyak cakap orang tu bijak & diam tak bererti bodo...
    moga mata hati kita lebih terbuka dengan musibah yang menimpa

    ReplyDelete
  6. sama2 kita doakan terus yer !

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!