NASI LEMAK PERTAMA 2017

Assalamualaikum...

HARI ini Sk masak nasi lemak kesukaan Pak Inche, Nasi Lemak dengan Sambal Sotong Kering. Macam biasa haruslah disertakan dengan telur lenggang. Ada juga kentang yang digoreng garing. Cuma kacang tanah goreng jer yang tak ada. Amboiiii.. selera sungguh masing-masing makan. Maklumlah hari ini tak ada sarapan di sediakan.. kah kah kah.


Resepi Nasi Lemak Sk

3 pot beras (cuci bersih)
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2" halia (hiris)
1 bawang besar (yang comel) hiris
2 sk garam
1 kotak santan 200ml
Tambah air lagi 2 kotak (gunakan kotak santan tu)
1 sudu kecil halba
3 daun pandan disimpul

Campur semua dan masak dalam rice cooker.

Kenyang sampai malam


Sambal Sotong Kering

1 senduk minyak masak
2 senduk cili yang dah dikisar bersama bawang
sedikit halia dihiris
10 ekor sotong kering (rendam lembut)
1 sk garam
2 sb gula
1/2 sk asam jawa
1/4 cawan air

Panaskan minyak.
Tumis cili dan bawang kisar dengan api perlahan.
Masukkan sotong kering. Masak lagi.
tambahkan air.
masukkan bawang dipotong bulat.
masukkan asam, garam dan gula.
terus masak dengan api kecil. Kacau sekejap2 supaya tidak hangus.


Nasib ada timun tahun lepas dalam peti sejuk.. haha


Akibat memasak sambil whatsapp

 Telur lenggang wajib!!

3 comments:

  1. Sedapnye.
    belum jumpa nasik lemak lagi tahun ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya SK..
    Dah lama akak tak masak nasi lemak sendiri ni..
    Nanti tunggu anak2 balik weekend lah baru buat :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih