CUTI-CUTI MUAR 2

Assalamualaikum...

PAGI RAYA Aidiladha,  selepas menikmati ketupat dan soto,  Sk sekeluarga bertolak ke Muar.  Haaa..  Muar lagi!  Kali ini untuk menghadiri majlis aqikah cucu saudara.  Boleh sahaja kalau nak pergi balik hari tapi macam biasa, Encik Rizar kita memang suka bermalam. 


Kali ini,  kami menginap di Classic Hotel. Namapun dah klasik kan,  begitulah juga keadaan hotel yang sinonim dengan kebanyakan hotel lain.  Satu kelebihan menginap di sini adalah ia bersebelahan dengan kompleks membeli belah dan  berhampiran dengan Uptown Bandar Maharani.  Boleh jalan kaki jer,  eksesais kononnya..  Hahaha.


Malam tu macam biasa cari mee bandung dan sate Muo tapi memang agak hampa kerana kurang menepati selera. Gambar pun entah mana..  Mungkin tak ambil kot,  hehehe. 
Pagi hari kami memilih untuk bersarapan di cafe hotel kerana pakej sarapan sudah termasuk dalam harga bilik.  Rugilah kalau nak makan di luar. Sarapan disediakan secara ala carte dan Sk memilih nasi lemak.  ER pula nak makan American Breakfast yang sungguh menyedihkan.  Mana tah gambarnya hilang juga..  Haha. 
Disebabkan jemputan bermula pukul 3 petang
Maka kami ada banyak masa lapang selepas check out.  ER mengajak kami ke Kopitiam 434 bantai kopi lima enam cawan..  Huwa huwa huwa.

 Dah..  Dah..  Jom pergi kenduri! 

1 comment:

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..