RESIPI DAGING MASAK MAMI PENANG NOXXA

Assalamualaikum...

SEMALAM sejak pagi Sk tak berhenti bekerja di dapur.  Sidai kain,  kemas dapur,  gunting lada, kopek bawang,  kisar lada dan sediakan sarapan. Sambil tu terus masak untuk makan tengahari.  Macam tak percaya Sk boleh rajin macam tu sekali,  kekekeke.

Resipi ini asalnya bertajuk Daging Masak Hitam Mamak yang dikongsikan rakan sepermainan kutu periuk ajaib noxxa,  hehehe. Sebenarnya Sk terus salin dan tampal di nota telefon.  Dalam masa yang sama,  Sk juga menyimpan rakaman rancangan Lesung Pipit yang dihoskan Yana Shamsudin menunjukkan cara-cara memasak daging ala nasi kandar.  Tapi dua-dua pun Sk tak buat homework,  cuma tengok sepintas lalu.

Tujuan Sk kisar lada dan bawang tu ialah untuk bahan mentah memasak,  tup-tup bila baca resepi tak adalah pulak guna cili kisar,  hahaha.  Buat penat pulak tapi tak apa,  kita masak aje letak cili kisar, mana tahu sedap..  Gituuuu. Dan,  Alhamdulillah,  memang sedap giler tau,  tak tipu.  Encik Rizar siap suruh letak nama Daging Masak Mami Penang.  Oiii..  Marah Mami Penang kalau resipi ni tak ada dalam khazanah depa tetiba pulak kita memandai-mandai.  Maklumlah  Sk ni Johorean,  anak mami ER walaupun kalau tengok lebih kepada anak mamak,  hahaha.

Untuk masakan ini,  Sk menumis atas dapur dan gunakan periuk noxxa untuk melembutkan daging dan mengeringkan kuah.  Siapa yang tak guna periuk noxxa boleh aje masak terus dalam kuali,  ya sayang-sayang. 


Nak masak ni mula-mula kenalah sediakan bahan utama iaitu cili kering yang dikisar siap dengan bawang. Dulu,  Sk pernah kongsikan cara menyediakan cili kisar ni tapi rasanya dah tak relevan lagi dengan ekonomi sekarang sebab Sk gunakan unit RM.

Sk pulak memang dah tak kuasa nak kupas bawang merah kecik-kecik tu sekarang masak pakai bawang besar merah aje senang kupas dan cepat siap. 

Sediakan Cili & Bawang Kisar dulu :
1/3 jug cili kering yang telah dipotong dan direbus
3 labu bawang merah besar 
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Semua bahan dikisar hingga halus. 


Daging Masak Mami Penang

Bahan-bahan:

1 kilo daging dipotong besar 2 jari
2 senduk Cili + Bawang Kisar
2" Halia (tumbuk) 
2" Lengkuas (tumbuk) 
Rempah 4 sekawan
2 sb rempah sup + air jadikan paste
 1/2 senduk Kicap pekat
1 1/2  senduk Kicap manis
4 kentang dipotong baji
2 lobak merah dipotong kecil
1 sk garam
1 sb rata gula
2 cili hidup dibelah
2 tomato dipotong dua

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang sehingga agak garing,  ketepikan. 
2. Kurangkan minyak jika terlalu banyak. Tumis rempah 4 sekawan, cili dan bawang yang dikisar,  halia dan lengkuas hingga cukup masak. 
3. Masukkan kicap manis dan kicap pekat,  gaul rata. 
4. Pindahkan semua ke dalam periuk tekanan, masukkan daging dan sedikit sahaja air lebih kurang 1/3 cawan. 
5. Letakkan knob di fungsi pressure. 
6. Pilih fungsi High Pressure 40 minit dan tekan on. 
7. Bila tempoh masa dah tamat,  lepaskan pressure ke steam.  Buka tutup periuk,  offkan high pressure.
8. Pilih fungsi stir fry,  masukkan carrot, cili hidup,  garam dan gula. 
9. Biarkan merenih kemudian masukkan tomato dan kentang yang digoreng tadi. 
10. Biarkan sebentar dan siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba.   

3 comments:

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..