Wednesday, May 16, 2018

ASAM PEDAS DAN RED VELVET DI HARI IBU

Assalamualaikum...

AMBOI..  tak puas-puas makan kek nampaknya.  Kali ni beli sebuku terus supaya boleh makan puas-puas.  Dan pilihan Sk ialah Red Velvet. 

Haaa..  Tu dia.  Kebetulan tarikh lahir Sk saing dengan sambutan hari ibu dan Iman pun paksa tulis Happy Birthday atas kek jadi kita layankan ajelah.  Sk cuma nak meraikan ibu dan adik beradik yang lain.  Tahun ni Sk cuma dapat beli kek aje yang lain tu memang tak sempat nak prepare dan tak berapa nak ada untuk diberikan,  kah kah kah. 
Budak yang paling happy bila Sk beli Red Velvet.  Iman memang peminat Red Velvet sejak tengok drama Red Velvet yang Aliff Satar berlakon bersama Neelofa. 

Asam Pedas Ikan Sembilang dan Asam Pedas Ayam.  Terima kasih ibu yang masakkan untuk kami. Ibu memang suka nak masak lagi-lagi bila semua ada,  janganlah dilarang-larang. 
Meriah giler walaupun buat santai-santai aje dan memang tidak dirancang pon. 
Abaikan objek-objek yang tak sepatutnya dalam gambar,  hahaha. 
Okey,  jumpa lagi di lain waktu. 
Wassalam

2 comments:

  1. Meriah..
    Tiba-tiba kecur plak RV dan asam pedas itu huhuhu

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..