MAKAN DI SDS CAFE

Assalamualaikum...

CERITA sebelum puasa,  Sk dan Iman singgah makan di SDS Cafe,  Taman Universiti sempena 15 haribulan.  Hahhaa..  Ada apa tu dengan 15 haribulan?  Sebab setiap 15 haribulan,  ahli SDS boleh mendapatkan potongan harga sehingga 50% untuk menu yang terpilih. Satu kad ahli membolehkan penebusan 50% sekali sahaja dalam satu resit. 


Masa Sk sampai, keadaan dalam cafe agak penuh juga dengan pengunjung yang membeli kek. Bukan tu saja, meja untuk duduk pun tak ada. Mujurlah seorang staf SDS membenarkan kami untuk duduk di meja dining staf yang terletak di sudut cafe.  Best jugak duduk situ sebab agak privacy.
Jom kita tengok menu yang mendapat potongan 50% di SDS pada setiap 15 haribulan.


Potongan 50% tersebut hanya sah untuk makan di cafe sahaja tau.
Kalau nak tapau kena bayar harga normal.
Sk pulak memang jenis yang tak suka tapau, makan kat situ terus senang, karang balik rumah satu kerja nak menghidang, mengemas dan mencuci pinggan.. hahaha.


Sk dan Iman dengan sebulat hati memilih Lamb Shoulder.
Tengok harga macam tak logik ajekan, tapi kita tengok dululah macam mana ropenyer yang datang nanti.


Tu dia Lamb Shoulder dengan simbahan sos BBQ. Terdapat tiga pilihan sos iaiatu Blackpepper, Mushroom dan BBQ. Setiap hidangan datang dengan dua potongan daging kambing yang besar tau. Tokojut Sk sekejap. Satu SK makan, satu Iman makan.
Hidangan sampingannya salad dan potato wedges.
Harga selepas diskaun ialah RM16.95, berbaloi-baloi.


Spicy Grilled Chicken Chop untuk Iman.
Hidangan sampingannya salad dan wedges juga tapi Sk suka wedges Iman sebab masih rangup lagi berbanding wedges yang dicurahkan sos BBQ tadi.
Hidangan ini sedikit kering dan ayamnya lebih mirip rasa ayam goreng.
Mungkin ia digoreng dahulu sebelum dipanggang di dalam oven.
Harga RM16.90.


Masih tak boleh move on dengan Red Velvet jadi minta satu slice kongsi berdua.
Keknya sedikit padat tapi masih sedap di tekak Sk.


Minuman untuk Iman Blue Lychee Mojito.
Harga minuman di sini boleh tahan tak berapa nak murah seperti harga minuman di kebanyakan cafe yang biasa Sk pergi jugak.


Sk pulak teringin nak rasa Very Berry Berry Flower Tea.
Seteko besar dia hantar, jenuh jugak nak habiskan tapi Sk suka sebab ia sentiasa panas.
Cakap dengan Iman, lepas ni kalau datang kita order air ni aje kongsi berdua. Jimat duit.
Sambil minum sambil gayakan ala-ala Korea minum teh, hehehe.




1 comment:

  1. Sedapnya RV tu..terasa-rasa kat anak tekak kitaa...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih