A FRESH NEW ADDITION TO DOMINO'S HOTTEST KOREAN SENSATION

Assalamualaikum...

Hi... 

MASIH tak boleh move on lagi dengan citarasa manis dan pedas Ssamjeang Pizza yang diciptakan Domino's Pizza, kini Domino's memperkenalkan edisi terkini pizza Ssamjeang, Ssamjeang Prawn Pizza, variasi keempat dalam Ssamjeang Pizza.


Dengan taburan udang segar yang diperap dengan herba dan rempah-rempah Itali, ditambah rumpai laut yang berkhasiat lagi kaya dengan rasa umami, tomato ceri segar, cili hijau, ditaburi biji bijan yang dipanggang, seperti pizza Ssamjeang yang lain, ia dicurahkan sos ssamjeang yang seimbang dengan rasa dan teksturnya.


Bercakap tentang rasa terbaru ini, Senior General Manager Operations, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree berkata, sambutan dan permintaan meningkat terhadap Ssamjeang Tuna, Beef dan Chicken yang dilancarkan pada beberapa bulan lepas telah mendorong Domino's Pizza untuk menghasilkan Ssamjeang Prawn Pizza dengan kombinasi pelbagai rasa dan tekstur lazat dalam sekeping pizza.

Bulan puasa dan musim perayaan aidilfitri adalah masa yang amat sesuai untuk berkumpul bersama keluarga sambil menikmati pizza kegemaran anda. Apatah lagi dengan harga hebat yang ditawarkan, Domino's Pizza berharap agar pelanggan dapat mengambil kesempatan untuk menikmati sajian istimewa Ssamjeang Pizza ini sebelum ianya berakhir.

Diinspirasikan dari rakyat Malaysia yang sukakan makanan Korea, Ssamjeang Domino's Pizza dicipta khas menggabungkan rasa manis dan pedas. Sos Ssamjeang juga boleh didapati dengan Ayam - Haseyo Chicken Wings dengan salutan sosnya yang sukar untuk dilupakan.


Sepanjang Ramadhan dan Syawal ini, pelanggan boleh menikmati Ssamjeang Prawn dengan dua combo pilihan iaitu Ssamjenag Buddy Combo dan Ssamjeang Super Combo. Setiap Ssamjeang Buddy Combo mengandungi satu regular Ssamjeang pizza, satu ayam-haseyo, satu garlic twisty bread dan dua tin minuman ringan dengan harga ditawarkan RM37.65 (gst zero-rated price). Manakala Ssamjeang Super Combo pula mengandungi dua regular Ssamjeang Pizza, satu Ayam-Haseyo, satu Cheezy Mozarella Cheddar Stix dan sebotol minuman ringan 1.5L dengan harga ditawarkan RM56.51 (gst zero-rated prices)

Ssamjeang Prawn Pizza kini boleh didapati di semua cawangan Domino's Pizza untuk tempoh waktu terhad sahaja, mulai 4 Jun sehingga 1 Julai 2018, selagi stok masih ada.

Kunjungi cawangan Domino's atau buat pesanan secara dalam talian di http://www.dominos.com.my/ atau telefon 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

Untuk maklumat lanjut tentang Ssamjeang Prawn Pizza Domino's Pizza Malaysia, boleh ke laman berikut http://www.dominos.com.my/






















3 comments:

  1. tempting nya nak dicuba tapi takuit pedas =D

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tapi belum pernah cuba sebab takut pedas.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih