RESEPI MEATBALL ALA IKEA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum…

DUA hari lepas Encik Rizar ke luar negeri.
Alaa..  Ke Kuala Lumpur aje pun..  Luar negerilah tu kan,  hiks.
Bagi chance la Sk buat intro gempak sikit. Dah balik pun Pak Inche kita tu.
Jadi,  Si Iman cakap..
Bonda,  kalau babah tak de,  mesti nanti bonda tak masak.
Hahaha..  Memang begitulah selalunya time ER tak ada.  Asyik nak melengkar aje kerjanya.  Masak pun mengelat.  Suka sangat kalau Iman kata nak makan maggi aje,  Iman pulak memang suka kalau dapat peluang makan maggi. 

Jadi,  disebabkan nak buktikan kat Iman,  bonda tetap rajin memasak,  Sk masakkan dia dari pagi sampai tengahari sepanjang ketiadaan babahnya. Waktu sarapan kenyang Iman dengan Bihun Goreng dan Tauhu Sumedang Cicah Sambal Kicap.  Tengahari pulak Sk masakkan Sotong Padprik. Untuk Sk sendiri,  Sk masak Asam Pedas Ikan Pari.  Maaflah,  semua malas nak tangkap gambar.
Jadi,  ingatkan dah tak payahlah susah-susah masak untuk makan malam.  Boleh panaskan jer Asam Pedas Ikan Pari.  Sekali,  Iman bagi cadangan.. Apa kata bonda buat Meatball Ikea untuk makan malam. Lama bonda tak buat meatball ikea. Amboiii..  Dah macam restoran dapur Sk hari Sabtu tu tau. 

Resepi Meatball ala Ikea ni Sk pernah kongsikan di sini.  Masa tu tak pernah lagi makan Meatball Ikea tapi sekarang kalau nak makan bila-bila masa aje boleh ke Ikea Tebrau.  Tapi yang peliknya,  sejak ada Ikea Tebrau jarang pulak keinginan datang nak makan meatball tu... Kui kui.
Sk taipkan semula resepi Meatball Ala Ikea di bawah.  Kalau di restoran Ikea,  hidangan sampingannya ialah mash potato tapi Sk cuma mampu goreng fries aje.  Tapi yang penting ada jem strawberry  atau blueberry tau.  Barulah boleh fefeeling makan Meatball Ikea..  Kahhhhh. 


Resepi Meatball ala Ikea
Bahan Sos :
2 tbsp mentega atau margerin
5  - 6 ulas bawang merah (potong dadu)
1 1/2 tbsp tepung gandum
1 biji tomato besar (potong dadu)
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
3 tbsp sos tiram
3 tbsp sos tomato
2 tbsp kicap manis
1/2 tbsp kicap pekat
2 tbsp sos lada hitam

1. Panaskan kuali,  tumiskan bawang merah sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum,  kacau cepat-cepat hingga rata.
3. Masukkan tomato dan sedikit air. Kacau.
4. Masukkan susu segar dan air. Kacau.
5. Masukkan sos tiram,  sos tomato, sos lada hitam,  kicap manis dan kicap pekat,  kacau sebati.
6. Jika suka masin boleh tambah garam atau maggi secukup rasa atau apa2 stok,  tapi Sk tak suka masin dan tak suka perasa.
7. Masak hingga mendidih,  biar suam.
8. Masuk dalam jug pengisar dan kisar sampai lumat dan sebati. 

Meatball digoreng sehingga masak.
Siramkan sos ke atas meatball dan hidangkan bersama jem strawberry atau blueberry.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghh sedap ni..tak payah la pergi ikea..iman request aje kat bonda setiap kali nak makan

    ReplyDelete
  2. terbaek.. boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  3. Nak jugaa, please masakkan untuk kita Bondaaaa....

    ReplyDelete
  4. wow...sedapnya..taknak resepi..nak meatball tu depan mata..please...hahahaha

    ReplyDelete
  5. sedap nya..kak sari..thanks share..kalau dpt kak sari masakkn sekali lagi best..hehe😋🤗

    ReplyDelete
  6. Memang nampak sedap... Boleh dicuba nanti balik ni.. Tq share resipi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!