SIAKAP PEDAS MELETOP

Assalamualaikum...

DAH lama jugak Encik Rizar tak masuk ke dapur memasak.  Kalau dulu rajin jugaklah nak masak-masak,  kan,  sekarang semuanya diserahkan pada Sk.  Lepas makan pula,  kerja-kerja mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk, Sk serahkan pada Iman. ER tugasnya hanya ke pasar atau kedai membeli barang-barang keperluan. 

Minggu lepas,  ER bawa balik seekor siakap dan sayur baby kailan.  Sehari sebelumnya pun dia dah bawa balik seekor siakap. Di rumah,  siakap biasanya dikukus seekor terus tapi kali ni ER kata nak kukus dua ekor.  Sebab dia nak makan seorang seekor tu,  kahhhhh.

Sk cuma bersihkan siakap, sotong dan sayur.  Kerja menyediakan bahan masakan Sk serahkan sepenuhnya pada ER.  Nak mencuba resepi baru di facebook,  teruja betul nampaknya pak inche kita ni.


Mau tak pedas meletop kan kalau cilinya macam tu.  Guna pulak cili padi thai, memang berasaplah telinga dibuatnya.  Yang kelakar,  limau untuk hias atas siakap pun ala-ala aje. Takpe,  janji sedap.  Siapa yang nak cuba,  ni Sk kongsikan resepi.  Nanti adjust sendirilah ya rasa pedas,  masam dan manisnya tu. 

Nahhh..  Ni Pak Inche bagi resepi ambil kat facebook katanya.  Siapa yang berkongsi resepi ni semoga bertambah melimpah ruah rezekinya bila kita panjang-panjangkan di sini ya,  Amiinnnn. 

1. 2 sudu cuka 
2. 1 sdk garam
3. Halia (dihiris) 
4. 10-15 Cili padi (cincang kasar) 
5. Akar ketumbar (dicincang halus) 3 akar
6. Bawang putih (dicincang halus) 3 sudu besar
7. 1 sudu teh gula
8. 2 sudu sos ikan
9. 3-4 sudu air limau

🐾 cara2 masak :

1. Cuci ikan dgn cuka dan garam. Untuk menghilangkan bau hanyir pd ikan kukus dgn halia 
(kukus selama 20 minit)
2. Buat sos dengan gula, sos ikan, jus limau, bawang putih, cili, akar ketumbar (gaul sebati)
3. Hias dengan bawang putih, limau, daun ketumbar.

Lepas dah siap kukus ikan tu,  tuangkan sosnya.  Sos tak perlu dimasak ya. 


Rakan seangkatannya di meja, 
 Sotong Baby Kailan dan cili padi yang dituang sedikit kicap cair. 

Phewww.. Terangkat bebbbb!! 

3 comments:

  1. mak ai..memang berasap telinga makan ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. wahhh.. sedap ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  3. ya allah telan air liur kejap nii nengok siakap nya.hahhaha..

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..