JAMUAN HI-TEA PELAJAR TAHAP 3

Assalamualaikum... 

CERITA petang semalam,  Sk telah diundang menghadiri satu majlis hi-tea anjuran Pelajar Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap Tiga di kolej tempat Sk mengajar.  Untuk pengetahuan program ini merupakan salah satu pendedahan secara langsung latihan amali sebelum masing-masing akan menjalani praktikal di hotel selama enam bulan. 

Tiga gerai disediakan mewakili tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.
Menu untuk Stall Melayu ialah Roti Jala, Sate Daging dan Ayam, Pulut Panggang, Agar-agar Soya dan Onde-onde Labu.

Sejak tengahari dah kelihatan beberapa pelajar sibuk menyediakan kelengkapan untuk membakar sate. Semerbak baunya sampai ke pejabat, kahhhhh.

Satenya besar, tidak lokek rempah namun sedikit bergaram dibeberapa bahagian.
Pulut Panggang intinya sedap tapi kena praktis lagi memasak dan memanggang pulut.
Onde-onde labu dan jelly soya sedap cuma Sk terlupa ambil gambar roti jala, hehehe.

Stall Masakan Cina menghidangkan Taufufa, Fritata Egg, Chicken Wantan dan Beef Spring Roll.

Semua sedap kecuali Taufufa yang belum cukup set.


Bagi peminat masakan India tentu suka sebab di sini ada capatiiiii.

Capati digulung dan berinti.
Ada candy kelapa, ayam tandoori dan vadei.. yey!


Hiasan ni mengingatkan Sk dengan Hotel Rasa Sayang, hehehe.
Dah tutup pun hotel tu.


Macam seronok jer kerjanya kan.. makan.. makan.. makan.

sehingga jumpa lagi di cerita makan yang lain.
Wassalam.

1 comment:

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..