OLIVE PLUS YANG TAK SEDAP TAPI BERKHASIAT

Assalamualaikum...

APA pilihan anda untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit ketika ini? Pada zaman semuanya di hujung jari ini,  memang tak dapat disangkal lagi pelbagai jenis suppliment dan ubatan yang kita dengar boleh membantu atau menjadi penawar.  Kalau nenek moyang kita bergantung kepada jamu dan makjun,  masyarakat kini lebih mempercayai pelbagai jus yang dikatakan mengandungi bahan semulajadi,  buah-buahan,  madu asli atau herba. Walaupun dimomokkan dengan pelbagai kebaikan,  namun setakat ini Sk tak berani nak mencuba sebarang-sebarang kerana takut jus-jus yang dikatakan ajaib ini mempunyai kandungan gula yang tinggi atau dadah yang membuatkan kita tidak berasa sakit yang akhirnya menyebabkan kerosakan buah pinggang.  Tapi,  kalau dah ditakdirkan perkara sebegitu terjadi,  redho dan terima ujian dengan hati yang tabah.

Seminggu dua sebelum menyambut Ramadhan yang lalu,  Sk nekad untuk mencuba amalkan Olive Plus yang Sk beli dari Tengku Asmadi,  pakar pemakanan dan perkongsian ilmu diet yang terkenal.  Ya,  tujuan utama memang nak kurus kerana pengambilan olive plus secara konsisten ini dikatakan mampu menambah metabolisme,  membakar lemak dan sekaligus menurunkan berat badan sehingga setiap bulan kena beli baju baru.

Tapi..  Tapi.. Kenalah mengamalkan senaman dan diet seimbang.. Tapi Sk??? 
Agak-agak??? 
Hahahahaha.. Tak nak jawab tak apa..  Kui kui. 

Disebabkan dah beli,  Sk tekadlah juga mengambil olive plus ni bermula pada bulan puasa lepas,  betul-betul pada 1 Ramadhan.  Haish,  bukan murah pulak harganya takkanlah nak dipersiakan. Setiap kali sebelum sahur,  Sk akan ambil satu sudu besar dan sebelum tidur satu sudu besar.  Dia punya rasa,  aduhaiiiii... Sk sediakan oren siap-siap sebelum minum tu. 
Kiranya sebelah tangan pegang sudu,  sebelah tangan pegang gelas. Masuk aje olive plus dalam mulut,  tak telan lagi tu,  terus sumbat air oren laju-laju.. Hahaha. 

Kenapa Sk sanggup telan olive plus walaupun terseksa? 
Selepas tiga hari minum,  Sk rasa cergas,  kurang kesakitan pada kaki terutama bahagian tumis dan lutut,  badan lebih cergas dan tidak mudah penat dan pergerakan solat menjadi mudah. Tapi macam biasalah,  bila dah hujung-hujung puasa,  sibuk pulak beraya,  dah sebulan jugaklah Sk berhenti mengambil olive plus ni.

Dan paksa jugak beli botol kedua selepas tubuh mula sakit-sakit akibat banyak makan.  Kahhhhh. Ialah,  bila banyak makan,  badan pun berat,  tulang sakit,  manalah tumit ngan lutut tu tak sakit kan. 

Olive plus ni bukan suppliment ya tapi ia sejenis makanan. Ini yang Sk belajar dari Tengku Asmadi.  Ianya merupakan minyak zaitun yang asli dan tidak mengandungi bendasing yang lain.  Anda boleh google,  memang banyak maklumat yang boleh kita jumpa tentang olive plus ni. 

Jadi,  siapa yang rasa badan,  tumit,  kaki,  lutut sakit-sakit tu,  Sk cadangkan untuk amalkan olive ni. Tapi kena kuat semangat tau nak minum olive ni. Mungkin ada orang yang mudah nak telan.  Yang susahnya kalau tak boleh telan lepas tu biar aje terbongkang atas meja.  Rugi oiii..  Bukan murah RM120 sebotol.  Tu yang bercinta nak beli..  Kui kui. 


4 comments:

  1. memang yang tak sedap tu elok untuk kita hihi.. pejam mata je telan terus. nak sihat kena tabah hehe..

    ReplyDelete
  2. Kak Suami saya beli kat Jusco aje, beli yang extra virgin, ada banyak jenis, dah berbotol-botol dah suami minum, sekali dia minum minyak kelapa tu..dia saya tgk relax je telan, saya yang nengok, gulp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu minyak kelapa dara tu mmg sedap Lin, sbb dia ada rasa lemak & rasa mcm gula melaka sikit. Extra Virgin Oil yg biasa akk guna utk msk pon takde bau mcm ni

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih