SALTED EGG CHICKEN PASTA YANG SPICY & CREAMY - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SALTED EGG CHICKEN PASTA YANG SPICY & CREAMY

Assalamualaikum... 

SEMALAM..  seharian berjalan.  Dari JB kami ke Sungai Bagan,  Rengit menghadiri majlis perjumpaan keluarga.  Masa kami sampai ngam-ngam waktu makan.  Memang tak dapat untuk berlama-lama kerana perlu menghadiri dua lagi jemputan,  satu di Kg Parit Daun dan satu lagi di Kempas.  Tapi,  tak ada rezeki nak ke Kempas sebab sampai Kulai pun dah lewat.  Segan nak datang kenduri masa orang sedang berkemas,  hihi.  Tambahan lagi,  Pak Inche Rizar bertugas malam,  maka kita berkorbanlah untuk balik sahaja,  huhuhu. 

Ingatkan,  dah kenyang makan kenduri ditambah ada berkat dari Kg Parit Daun,  tak perlulah masak untuk makan malam.  Tup tup,  Iman tanya..  Malam ni bonda masak apa?  Aiseh..  Baru bonda feeling-feeling nak goyang kaki ni Iman oi..  Manjang lapar anak burung yang sorang ni,  terciap-ciap minta makan dari celik biji mata sampai nak tutup mata,  ish ish ish. 

Disebabkan tak nak makan nasi,  maka datanglah idea untuk memasak pasta.  Kat rumah ni memang kena sentiasa ada stok pasta sama ada spaghetti atau apa saja tak kisah,  janji kalau lapar tu kita rebus aje,  tang sosnya tu gunalah prego ke atau goreng macam mee mamak ke..  mesti licin punyaaa..  Hahaha. 


Kerana Sk rajin yang amat semalam maka terjadilah Salted Egg Chicken Pasta.  Ialah,  selalu dok taram sos prego atau lego ajekan,  kali ni kita buat homemade sauce.  Semua bahan pun mudah dan tak perlu nak ke kedai lagi sebab semua dah disediakan oleh Pak Inche dari A sampai Z.. Agar anak isteri tak kelaparan di rumah..  gituuu. 


Semasa menumis sos pasta ni kena masak laju tau jadi semua bahan-bahan yang nak ditumis tu kita kena siapkan awal-awal seperti dalam gambar.  Nanti Sk bagi resepi penuhnya ya. 


Susu Cair satu tin.  Buka siap-siap jangan masa menumis baru terkial-kial nak tebuk tin. 
(Sk la tu,  kih kih kih)

Salted Egg Chicken Pasta

Bahan-bahan :
Sebarang jenis pasta (rebus dan toskan mengikut arahan pada bungkusan) 
Gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. 

4 sudu besar mentega atau margerin
5 ulas bawang putih dicincang
13 - 15 tangkai cili padi hijau hiris
3 keping isi ayam dipotong kecil
3 biji kuning telur masin (hancurkan) 
2 tangkai daun kari
1 tin susu cair
1 tbs susu pekat manis
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit Chilli Flakes

Cara-cara :

1. Panaskan kuali,  masukkan mentega biarkan cair sedikit,  tumiskan bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan isi ayam,  kacau hingga ayam separuh masak. 
3. Masukkan daun kari dan cili padi hijau dan kuning telur masin, kacau. 
4. Masukkan susu cair,  susu pekat manis,  serbuk lada sulah,  kacau hingga pekat. 
5. Masukkan pasta. Gaul hingga rata. 

Siapppp!! 

TABURKAN CHILLI FLAKES SEBELUM DIHIDANGKAN. 

6 comments:

  1. So sedap, senang dan ringkas..
    Resepi macam ni paling kita sukaaa..
    Kat rumah ni yang ada pasta spiral tu je, nanti nk try beli yang kerang ni, macam cantik hahahaha...

    Makaseh Kak resepinya, nanti nak cubaaa...

    ReplyDelete
  2. macam sodap ni...boleh cuba nanti bersama2 hosmet!

    ReplyDelete
  3. senangnya lahai...nanti ada bahan sikit² tu boleh la buat...

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak seri.. penah makan spagetti salted egg ni mmg sedap.. boleh try la lain kali wat sendiri pulak kan..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih