UDANG SAMBAL PETAI .. TAK PERNAH TAK SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

UDANG SAMBAL PETAI .. TAK PERNAH TAK SEDAP

Assalamualaikum...


UDANG..  masaklah apapun,  tak pernah tak sedap,  kan.  Malah,  campak jer dalam kuali,  kacau-kacau pun dah sedap.  Buat unggun api,  salai-salai pun sedap agaknya,  hahaha.  Itulah keistimewaan udang,  tapi tak boleh makan hari-hari nanti... Sila sambung sendiri. 

Dah lama giler sebenarnya tak beli udang,  maklumlah bulan lepas udang pakai kasut tinggi,  gincu merah delima.. Dia punya harga melambung-lambung ko.  Jadi,  cuma boleh pandang tak boleh timbang.  Mengikut kepercayaan masyarakat cina,  makanan laut ni membawa untung kepada kehidupan anak cucu mereka jika dihidangkan pada Tahun Baru Cina yang menyebabkan harganya menjadi mahal. 
Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang tauke berbangsa cina yang berniaga di Pasar Pontian.  Melopong kami dengar,  patutlah mahallll. 

Jadi,  masa ke Pasaraya Tutttt hari tu,  nampaklah udang ni dijual hidup-hidup.  Kami beli setengah kilo aje. Beli hidup-hidup sampai rumah campak dalam freezer mati jugak kekdahnya,  hahaha.  Ada ke yang nak makan udang hidup-hidup?  Iolah,  maknanya kalau beli udang hidup tu fresh la tak dicampur dengan antibiotik atau air batu sebagai pengawet. 

Eh..  Eh.. Panjang pulak cerita udang kita ya. 

Dua hari berturut-turut Sambal Udang Petai ni menjadi hidangan makan malam Pak Inche.  Malam ni,  Sk cuma teman makan sebab sepanjang siang tadi penuh dengan acara makan dari pagi sampai petang.  Jadi,  malam ni Sk cuma mampu tengok ajelah,  kui kui. 

Jadi, jika anda ialah peminat udang,  sila angkat kening bentuk macam udang,  hahaha




3 comments:

  1. Kalau kata sambal, dan ada petai...memang tak pernah tak sedap hehehehe...

    ReplyDelete
  2. adu tak cukup udang lagi kening ni..hahahhahah

    ReplyDelete
  3. Pilih udangnya aje sebab tak makan petai.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih