Assalamualaikum WBT
PAGI ni cuaca agak mendung, matahari tidak memancar seperti selalu. Kain baju sedang berpusing dalam mesin. Tak perlu khuatir tiada matahari kerana ada mesin pengering 😆. Pembelian beberapa tahun lepas yang bagi Sk sangat berbaloi. Satu lagi wishlist yang entah bila nak dapat adalah robot vacum. Kalau ada robot mop pun nak jugak. Mesin lipat kain tak ada tak apa, hehehe.
Iman pesan menu sama macam Pak Inche, Nasi Ayam Bakar. Untuk Tuan Tanah, semangkuk Bakso sebab
paginya dah makan Laksa Johor, hehehe. Jenuh nak menghabiskan lagi-lagi bebola daging yang paling besar tu. Belah 10 baru muat masuk mulut, hihi.
Beberapa kali Iman memuji keenakan ayam bakar dalam set ini. Perapan ayamnya terasa. Sambal pun sedap tapi ayam tu jangan cicah sambal kalau tidak nanti hilang rasa rempah ratusnya.
Syukur.. Alhamdulillah 🤲
Bab mesin pengering tu memang berbaloi Kak ada, Lin dah dua mesin tu kat rumah hahahaha ..
ReplyDeleteDulu ada gak aim nak beli dryer pastu entah, dibawa angin lalu je kot haha...
ReplyDeleteSedap nmpk menu Iman order tu, penampakan Tempe & Tauhu Goreng di situ...sedap!
Saya jadi teringin pulaaaa coba menu2 di sana lah 😄. Terlebih ayam bakar yg kata iman sedap 😍😍🤤
ReplyDeleteKita x puas hati semalam makan bakso simple sangat..mana nak cari bakso macam tu kat KL ni erk...
ReplyDeletetengok mee jawa kak amie tingin nk buat, tgk bakso akak tu tingin mkn bakso.... payah betul org pose ni semua terliur
ReplyDeletesedap tu SK...baru teringat ptg nie nak goreng ikan, buat sambal belacan..utk juadah berbuka
ReplyDeleteSaya pun kalau makan bakso order yang ada bebola besarnya memang tak habis makan. Selalunya Encik Suami tolong habiskan.
ReplyDeleteKalau boleh nak robot yang serba serbi pandai buat kerja kan. Agak agak datang M besar, boleh disuruh. Tengok dari rupa paras ayam tu memang nampak menyelerakan dan sedap. Tapi saya suka cicah sambal, camne kira tu. Hihi...
ReplyDelete