MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, February 11, 2010

Kek Cawan Strawberry Bersos Coklat

MASIH ingat lagi tak strawberry cicah coklat yang begitu popular masa Datuk Siti Nurhaliza nak kahwin tu? Mmm, best kan strawberry cicah ngan coklat, masuk mulut, mmmmmm, masam dan manis, syiok beb!
Lalu saya pun dapat idea untuk menggabungkan rasa coklat dan strawberry dalam kek cawan saya. Jadi seperti yang dijanjikan saya letakkan resepi kek cawan strawberry saya untuk sama-sama kita kongsi. Resepi kek ni asalnya Kak Yati's Sinar Kehidupanku yang bagi, tapi saya olah sedikit untuk disesuaikan dengan citarasa saya, mungkin anda juga boleh suaikan mengikut citarasa anda.

Jom copy paste...

Kek Cawan Strawberry 'ber'Sos Coklat
Bahan-bahan:
4 biji telur (gred A @B)
120gm gula halus
150gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*ayak bersama)
1 sudu besar ovalette (jangan penuh)
60ml susu cair
60ml minyak masak
1 sudu besar perisa strawberry (jangan penuh)
1 sudu kecil pewarna merah
sos coklat secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang, masukkan ovalette.
2. Masukkan susu, minyak dan tepung gandum yang diayak bersama baking powder tadi
secara berselang seli, sedikit-sedikit.
3. Masukkan pewarna dan perisa strawberry, gaul sebati.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180.
5. Masukkan sedikit adunan ke dalam cawan kek. Paipkan sos coklat.
6. Tutup sos coklat dengan adunan kek. Isikan 2/3 cawan sahaja. Taburkan coklat
rice berwarna-warni jika suka.Bakar selama 20 minit.

1 comment:

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Assalamualaikum... CERITA Jumaat lepas,  selepas mengambil Iman dari kelas tuisyen,  Encik Rizar mengajak kami makan mee sup di Ahmad L...