bila Cik Siti masuk rumah...

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

SAYA pun tak tahu, macammana dia boleh sesat dalam rumah saya, ini kisah benar.
Satu hari tu tiba-tiba saya perasan ada beberapa butir tahi Cik Siti tetapi agak kecil dari saiz kebiasaan telah berada dalam bilik air. Saya cuba menghindar perasaan itu dengan meyakinkan tak mungkin Cik Siti boleh masuk dalam bilik air.
Saya meninjau di sekeliling dapur. Tiada satu tanda pun adanya pencerobohan. Sebenarnya sejak saya tinggal di rumah tersebut, sudah dua kali Cik Siti masuk ke rumah. Nasib baik berjaya dikesan awal, jadi tak sempatlah dia nak berumahtangga.Kedua-dua kali itu dapat dikeluarkan walaupun yang mula-mula tu saya telah mencederakan jari telunjuk suami saya kerana nak menghalau Cik Siti tersebut.
Suratan atau kebetulan kedua-dua kali cerita Cik Siti berlaku seminggu menjelang Hari Raya Aidiladha.
Yang geramnya ketika saya sedang menyangkut baju di luar rumah yang sedang terik dipancar mentari, seorang jiran bertanyakan tentang Cik Siti kepada saya. Menurutnya rumahnya dimasuki Cik Siti beberapa hari lepas. Dan dia bercerita bahawa dia terbawa Cik Siti tu dalam almari semasa pindah dari rumah lama... huwalaaaaaaa... apa perasaan anda kalau mendengar cerita ini... dalam hati saya, kusssssss semangat!
Tapi itu cerita tiga empat tahun lepas. Dan baru ni, lagi seminggu menjelang Aidiladha juga (akhir 2009), saya terjumpa tahi Cik Siti itu dalam bilik air.
Semasa saya sedang menjirus tahi Cik Siti tulah, saya ternampak kelibat seekor tikus belanda di belakang baldi. Ya.. tikus belanda yang bersaiz besar tu. Fuyohhh, saya terus berlari keluar dari bilik air. Saya pasti itu bukan tikus biasa kerana bulunya berwarna oren kecoklatan. Saya tak tahu bagaimana dia boleh masuk dan keluar dari rumah saya kerana bila saya balik ke rumah malam itu, tiada lagi kelibatnya mahupun apa-apa harta peninggalannya. Wallahu'alam.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!