DUH.. duh.. banyak lagi muffin cup ni. Tak tahan rasa tengok.. hehe. Sebenarnya hari tu saja beli yang packing 100 punya, senang.. tak payah ulang-ulang pergi kedai. Tapi bila ada banyak, ligat jer rasa nak buat macam-macam muffin.
Hari tu masa balik Kedah, sajalah belek-belek majalah yang kakak ipar beli. Ada majalah RASA (tak silap.. lupa pulak pasal banyak sangat), Disember 2009. Kalau cari kat kedai, tentu dah tak ada. Kebetulan pulak ada banyak resepi muffin, menyalin jugaklah, rugi tu kalau tak cuba. Jadi hari ni terlanjur ajak mak, Angah dan Ani datang rumah makan mee bandung, nak jugaklah jamu dengan cup cake. Seronok gak tengok mak makan dua ketul, kalau saya makan sedap, kompom sedap sebab tekak saya jarang menipu.. huhu.
Muffin Coklat Cip Vanila
Bahan-bahan:
375 gm tepung gandum*
2 sudu kecil serbuk penaik* (* ayak bersama)
250 gm mentega
225 gm gula kastor
210 ml susu segar (saya guna susu rendah lemak)
3 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
100 gm coklat cip
Cara-caranya:
1. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga putih dan kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar sebati.
3. Perlahankan mesin, masukkan susu segar, pukul rata kelajuan sederhana.
4. Matikan mesin, gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.
5. Masukkan coklat cip, gaul lagi hingga rata.
6. Sudukan adunan kurang 3/4 penuh mangkuk muffin, bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
Sempat jugalah saya sapukan permukaan muffin tu dengan coklat ganache dan hiaskan sikit-sikit.. hehe.. saja suka-suki. Nak buat lebih dari tu lum pandai lagi.. huhu..
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih