Ayam Golek Encik Zanussi

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
"KANTIN DAH TUTUP"... huhu. Teriak saya kepada anggota keluarga.. tak ramai, yang ada suami dan anak saja.. hehe. Apa maknanya tu.. maknanya lepas ni sape-sape nak makan kena buat sendiri.. huhu.
Baru siap kemas dapur, rasa cam nak berehat sepanjang minggu depan selepas dua hari berhempas pulas di dapur. Dan hari ini pukul 10 tadi saya buatkan sarapan nasi goreng kampung, pasal sayang nak buang nasi semalam yang masih elok lagi.
Sebenarnya sejak memiliki Encik Zanussi, saya asyik berangan nak buat ayam golek. Pernah satu hari tu saya beli ayam, kononnya nak buat ayam pusing dalam oven, tetiba jer encik suami telah kerat 18. Jadi hari ni mesti jugak mencapai cita-cita tu. Ayam tu konon nak masak semalam masa tetamu datang, tapi sampai ke petang tak jugak lembut-lembut walau dah seharian berendam. Jadi malam tadi baru dapat marinated. Bukan susah sangat, hentam saja apa yang ada, janji golek.
Tuang jer sos tiram, madu, rempah barbeque dan rosemary, pas tu biar jer dia duk dalam peti ais. Encik suami kata nak makan kul 3, jadi lepas zuhurlah baru mula acara masak-masak ni.
Saya cakap, tak payah masak nasi, nanti ayam makan sikit pulak. Kita (saya sebenarnya) goreng fries, buat coleslaw ngan brokoli.
Tapi ayam saya tak boleh golek jugak nampaknya, pasal tersangkut dengan tray yang saya alas, nanti kotor pulak encik zanussi saya.. huhu. Takper, yang penting nak dia keluar seketul, bukan kerat 18.

duh.. duh.. tak mo pusing plak..

janji nak macam kat ayam pusing tu..

dush! sebenarnya saya dah susun elok-elok dalam pinggan tapi encik suami suka dengki sama saya tau, suka sakat dah jadi porak peranda gambar ni..
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam kunjung balas...wahhhh memang tak payah makan nasilah kalau ayam tergolek cam gitu...hehe,nampak pun dah sedap!!!saya sendiri pun tak pernah lagi buat ayam golek ni...lain kali insyaallah saya pun nak kena cuba gak ni...saya follow awak ye!

    ReplyDelete
  2. I am a fowl/chicken freak and a die hard fan of meat recipes, this is so perfectly done, looks very inviting...

    ReplyDelete
  3. Salam, Ima.. memang pun tak payah mkn nasi tapi malam tu diorang buat muka kesian, terpaksa gak goreng mee.. hehe. Jom.. jom ikut saya.. maceh..

    Hi, Malar.. what I did with the whole of chicken...firstly I mixed the ingredients...osyters sauce...honey and BBQ seasoning...as well as rosemary leaves,...mixed altogether rubbed it and freeze it whole nite....then BBQ it....Wala....yummy yummy ....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!