Sarang Lebah lagi???

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
SERONOK sangatkah buat kek sampai malam ni saya pulun sampai dua jenis kek. Bukan apa, terlanjur menunggu nak membakar kek sarang lebah tu yang kena peram adunannya tiga jam, lebih baik saya buat kek lain. Lagipun geram jer tengok cawan-cawan muffin tu, patutnya buat muffin, tapi saya bantai jer buat kek strawberry.
MM, ada yang tanya, kenapa saya tak letak terus resepi dalam blog ni.. cuma bagi clue jer kat mana nak cari resepi. Bukan tak nak letak, tapi ceduk dari blog orang lain, rasa macam tak sedap hati pulak.
Tapi katanya, apa salah berkongsi ilmu, bukan luak pun kan.., jadi tak perlulah mereka nak cari lagi blog lain untuk dapatkan resepi yang saya masak, mmm, betul jugak, jadi mulai kali ni saya akan tambah satu label iaitu 'resepi ...'. Jadi yang ni adalah resepi Kek Sarang Lebah, dari Cik Mat yang gebuuuu.. tu.., marilah kita doakan semoga CMG mendapat pahala yang melimpah ruah kerana sudi berkongsi resepi dengan kita.. Amin..

Kek Sarang Lebah

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bikarbonat* (*ayak bersama)
1/2 camca teh esen vanilla

Cara-caranya: (jeng3...)
1. Panaskan gula pasir (gunakan api kecil) Kacau selalu hingga gula cair dan perang.
2. Tuang air panas perlahan-lahan, sedikit-sedikit. (awas, merecik!)
3. Kacau sebati, masukkan mentega, kacau hingga cair, sejukkan seketika.

4. Pukul telur sampai kembang dan pekat, masukkan susu pekat, kacau rata.
5. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama soda bikarbonat, kacau lagi.
6. Masukkan bancuhan gula pasir tadi dan esen vanilla, kacau rata. Biar selama tiga jam, baru bakar dengan suhu 170 selama 1 jam

Ha... CMG kata, kalau kek anda tak berlobang-lobang macam sarang lebah tu.. yang tu maknanya anda 'failed'... . Bukan saya cakap, CMG yang cakap, tak percaya, pi blog dia. hehe.. Oklah, nanti saya kongsi resepi Kek Cawan Strawberry tu plak yer..

inilah rupanya kek sarang lebah tu, ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti kek sarang semut dan kek gula hangus. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, anda digalakkan untuk mengacau semua bahan menggunakan sudip kayu, hanya telur sahaja diputar dengan mixer, kalau guna pemukul telur biasa tu lagi bagus hasilnya.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah..
    wah...
    banyaknya sarang lebah nie..

    tadi ke rumah kak yatie..pun banyak lobang..menjadi ko...

    amin..memang resepi cik mat amat berbaloi...sokong usaha beliau....panjang umur cik mat gebu...amin

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaahhh tahniah...eh ni resepi Mat Gebu, apasai Mat buat lobang jadi kecik2..hehehee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!