Peach Cheese Tart & Oat Krunch Munchy's... mmm.. nyummy!

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
BARU lepas makan tengahari... mmm, boleh ke kalau nak dikategorikan makan tengahari ye, sebab menunya adalah tiga keping 'Oat Krunch Munchy's'... hehe.

Ops.. bukan diet, orang kalau diet tentu tak makan lontong.. haha. Saya baru sahaja empat jam menghabiskan sebungkus lontong yang sungguh tinggi kalorinya. Jadi bagi mengelakkan terlebih pengambilan kalori hari ini, saya gantikan makan tengahari dengan Oat Krunch.
Sebenarnya seminggu ni saya pagi-pagi lagi sebelum pergi kerja sempat lagi makan Peach Cheese Tart yang saya buat pada Ahad lepas. Pada mulanya tak ada pun rasa nak buat Peach Cheese Tart ni, tapi petang Ahad tu tiba-tiba en hubby bertanya, "beli cheese banyak-banyak tu kata nak buat kuih?". Oh, nampaknya my hubby pun dah mula teruja dengan hobi baru saya.
Pagi Ahad tu saya ada buat puding kastard bertatah lengkong untuk hidangan petang, tapi dia kata tak puas makan.Nak juga yang ada cheese. Isteri mithalilah katakan, saya terus bangun dan mengeluarkan segala keperluan dari almari dan peti ais.
Memang kenyang giler makan peach cheese tart ini, kerana keseluruhan tart dilitupi cheese. Walaupun fillingnya langsung tidak menggunakan gula, tetapi kemanisan buah peach cukup terserlah ditambah adunan crust yang menggunakan walnut. Kat mana dapat resepi..?? Tentulah di myresepi,tapi saya lupa milik siapa.
Jadi kerana ahli keluarga kami sangatlah kecil, maka berhari-hari jugalah nak menghabiskannya kerana sepotong pun dah cukup kenyang. Nak membuatnya pun tak susah, tak sampai 10minit pun, cuma bakar tu dalam 40 minit juga, tapi hasilnya memang mengujakan.. nyum.. nyum..


sariyusa: gambar lontong & puding tu lupa nak ambil, dah habis pun...
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!