Puding Roti Bersos Kastard.. dush2


HARI ini tengah fikir, apa nak buat dengan roti yang ada lapan keping lagi ni, yang dah tak laku, semua orang buat tak nampak saja. Teringat hari tu buat puding roti yang entah apa-apa lalu saya pun hidupkan komputer dan internet, nak cari resepi puding roti yang paling simple, yang tak perlukan banyak bahan.
Mana lagi kalau bukan di MYresepi, saya jumpa resepi ni, oleh Hanis. Nampaknya ni yang paling senang, tapi saya kena tambah kuantiti susu dan telur serta tepung kastard, sebab Hanis guna empat keping roti jer. Lalu semuanya saya darabkan dua tetapi kurangkan sukatan susu dan telur. Mudah sangat caranya dan nak jadikan lebih menarik saya buat sendiri sos kastard, memang mengancam gaklah puding roti ni, dush2!

No comments

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..