RED VELVET vs RED DEVIL..

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
WAWAWAH.. sukanya saya. Lepas juga gian buat cup cake selepas seminggu tak mem'baking' apa-apa. Semalam tak sabar-sabar pergi C Siang pasal nak tambah-tambah muffin cup. Ni semua gara-gara baca blog CMG malam kelmarin. Sebenarnya masa baca blog CMG tu tak perasaan resepi cupcake CMG tu tak perlu guna mixer, pasal baca sekali lalu.. malam Jumaatlah katakan.. ishhh.. bukan pasal tulah.. banyak sangat kisah malam keliwon ni.. tu yang ada sikit seram.. hehe..
Kalau baca betul-betul mesti saya bantai buat pukul 12 malam tu jugak.. huhu pasal adunan ni cuma perlu dikacau-kacau je.. tapi kena satu arah, jangan pulak suka hati nak pusing ikut jam ngan lawan jam.
Resepi ni kata CMG asalnya dari Kak Jun@ yummylicious.. minta maaflah kalau silap. Kat rumah Kak Jun nama kek ni Red Velvet Cuppies, tapi sampai rumah CMG, dia bagi lagi sensasi Red Devil Cup Cake.. hah.. seriauuu.. gitu.
Jadi bagi sesiapa yang vegetarian tu kek ni memang sesuwai...sesuai juga kalau nak menjimatkan telur macam saya.. hehe..
Jom salin resepi...

RED DEVIL CUP CAKE
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan, Jun Yummylicious
Bahan-bahan:
1 cawan susu soya @ susu segar ( saya guna susu rendah lemak)
1 camca teh cuka epal (saya guna cuka biasa)
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bikarbonat*
1/2 camca teh garam* (* ayak sekali)
1 cawan gula halus (CMG kurangkan 2 sudu besar, saya pun...)
1/3 cawan minyak canola (CMG guna minyak jagung.. saya pun..)
1 sudu besar pewarna merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanila
1/4 camca teh esen badam (CMG gebu tak letak, pasal tak ada, saya pun tak letak..)

Cara-caranya:
1. Panaskan oven 180C. Satukan susu dan cuka, ketepikan.. biar mendidih @ menjadi seperti yogurt. Kalau nampak agak berketul tupun okeylah tu..
2. Dalam satu bekas lain, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanila, esen badam & bancuhan susu dan cuka. Kacau rata hingga gula larut.
3. Masukkan campuran tepung sedikit-sedikit, kacau rata dalam satu arah.
4. Sudukan ke dalam mangkuk muffin kurang sedikit dari 3/4 pemuh. Bakar selama 20 minit. Sedap dimakan keesokan harinya.


ni mesti cuba ya..
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!