MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, February 28, 2011

RESEPI FRUIT TARTLETS


ASSALAMUALAIKUM wbt

TIDAK sangka pula ramai yang berkenan dengan fruit tartlets ni apabila saya postkan gambarnya dalam facebook. Kecil molek sekali ngap memang tak cukup, nasib baik saya buat banyak macam saya beritahu sebelum ni untuk tetamu yang datang ke rumah dan telahpun selamat dihabiskan. Nampaknya semua sukakan fruit tart ni jadi kepada sesiapa yang nak mencuba, mari semak resepinya...

RESEPI TART SHELL
Sumber: Kak Azita
Bahan-bahan:
  • 170gm marjerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur
  • 1 st esen vanilla
  • 290gm tepung gandum
Cara-caranya:
  1. Pukul sekejap marjerin dan gula icing dengan senduk kayu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Tekan dalam acuan tart. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Resepi Sos Kastard:
Sumber : CMG
Bahan-bahan:
  • 300 ml susu sejat
  • 2 sb gula pasir halus
  • 2 1/4 sb tepung kastard
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit esen vanila
  • secubit garam
Cara-cara:
~Campurkan semua bahan kecuali esen vanilla, pukul dengan wisk hingga sebati. Masakkan atas api kecil sambil dikacau perlahan sehingga likat. Tutup api dan ketepikan.

Bahan lain:
  • potongan kecil buah kiwi, anggur dan strawberry
  • sedikit coklat masakan dicairkan
Cara menyediakan fruit tartlets:
  1. Sapukan permukaan tart shell dengan coklat masakan, sejukkan sebentar dalam peti ais.
  2. Masukkan sos kastard ke dalam piping beg, picitkan sos kastard ke dalam tart shell sehingga 3/4 penuh.
  3. Susunkan potongan kiwi, anggur dan strawberry.
  4. Sedia dihidangkan.

14 comments:

  1. wah..tak la susah sangat bebahan tart ni..
    boleh cuba nanti..he..he..

    ReplyDelete
  2. tak susahlah, utk Mas, kacang goreng jer... hihihi

    ReplyDelete
  3. as salam sari..nampak sedap jer.Insallh klu angin 'R'...leh try...minta izin copy resepi yer sari!

    ReplyDelete
  4. angin M tu kena hembus kuat2 dulu kak Azatie... hehehe

    ReplyDelete
  5. selalu beli jer...
    kalau mcm ni harus kucobaaa...membuatnye...

    tq sari sudi kongsi resepi...

    ReplyDelete
  6. Ainnoraini, baik buat sndiri, lagi save, bleh mkn sebanyak2nya lagi... hehehe

    ReplyDelete
  7. mmg menggoda sungguh fruit tart ni le. aduih...

    ReplyDelete
  8. Saya pun berkenan tengok. Tapi belum ada mood nak cuba...:)

    ReplyDelete
  9. umeboshi, kalau dah tergoda tu kenalh mmbuatnya.. hihi

    ReplyDelete
  10. waaa... terperasan cooking chocolate disitu... mekasih kak yusa... moga membantu...

    ReplyDelete
  11. salam sis nak tanya..bahan untuk buat sos kastard tu..2 sb tu 2 senduk besar ke or dua sudu besar..dan konfius nihh....

    ReplyDelete
  12. singgah ambik resepi..
    http://tarabozu2.blogspot.com

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....