ASSALAMUALAIKUM wbt
HARI kedua di Bandung, saya begitu teruja apabila ER mengajak Pak Wawan untuk pergi ke Tangkuban Perahu atau disebut Tangkuban Parahu dalam dialek Sunda. Tangkuban Perahu merupakan sebuah pusat pelancongan yang menempatkan bekas kawah gunung berapi yang terletak di daerah Jawa Barat iaitu kira-kira 30km dari pusat kotaraya Bandung. Menurut cerita, sekurang-kurangnya pernah berlaku sebanyak 30 kali letusan gunung berapi di kawasan ini dalam tempoh 40,750 tahun. Walaupun begitu, Tangkuban Perahu tetap menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong setelah kali terakhir ia meletus dalam tahun 1959.
Perjalanan menuju ke puncak Gunung Tangkuban Perahu tidaklah begitu lancar kerana keadaan jalannya yang tidak rata tambahan pula berliku-liku dan mendaki bukit pula. Namun keselesaan kenderaan yang dipandu oleh Pak Wawan menyebabkan jantung yang berdegup-degup tidaklah terlalu laju tambahan pula suasana persekitara yang amat sejuk dan mendamaikan. Sekali-sekala kami berselisih dengan kenderaan lain, mungkin hari masih awal tambahan pula hari Isnin jadi tidak ramai pelancong yang datang. Sampai di pondok pengawal, kami membayar harga tiket masuk iaitu Rp.15.000 bagi kenderaan empat roda dan Rp.50.000 bagi setiap pengunjung manakala tiada bayaran dikenakan untuk Pak Wawan yang membawa kami. Tidak seperti mana-mana tempat peranginan yang tidak menjamin keselamatan pengunjung, setiap tiket yang kita beli di sini menjadi bukti jaminan sekiranya berlaku kemalangan. Antaranya pengunjung akan menerima bayaran Rp 25 Juta jika berlaku kematian atau kecacatan kekal, Rp 10 Juta untuk pembiayaan rawatan dan Rp 2 Juta untuk pengkebumian.
Sebaik sampai di puncak dan meletakkan kenderaan kami terus turun dan menuju ke arah lorong turun ke kawah gunung berapi di mana terdapat papan tanda yang tertulis Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Parahu, Subang West Java. Dan tanpa diduga kami dikerumuni sebegitu ramai penjaja jalanan yang membawa pelbagai jenis cenderamata dan barang jualan dengan rata-rata meletakkan harga lumayan sehingga Rp250.000. Ada pula yang menawarkan diri mengambil gambar kami dan memberi penerangan pelancongan percuma. Antara faham dan tidak kami mengangguk-angguk sahaja mendengar penerangan tidak bertauliah yang diberikan sementara Pak Wawan hanya menunggu kami di kenderaan seperti selalunya. Aduh! Nampaknya kami tidak dapat melepaskan diri. Masing-masing mengajak kami tawar- menawar dengan produk yang dibawa. Mood untuk bergambar dan turun ke kawah hilang terus sekarang ni bagaimana nak melepaskan diri dari terjerat membeli barangan tidak seberapa yang harganya mencanak-canak. Haishhhhhhhh!
dikerumuni penjaja jalanan yang menawarkan pelbagai cenderahati lumayan... huhuhu...HARI kedua di Bandung, saya begitu teruja apabila ER mengajak Pak Wawan untuk pergi ke Tangkuban Perahu atau disebut Tangkuban Parahu dalam dialek Sunda. Tangkuban Perahu merupakan sebuah pusat pelancongan yang menempatkan bekas kawah gunung berapi yang terletak di daerah Jawa Barat iaitu kira-kira 30km dari pusat kotaraya Bandung. Menurut cerita, sekurang-kurangnya pernah berlaku sebanyak 30 kali letusan gunung berapi di kawasan ini dalam tempoh 40,750 tahun. Walaupun begitu, Tangkuban Perahu tetap menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong setelah kali terakhir ia meletus dalam tahun 1959.
Perjalanan menuju ke puncak Gunung Tangkuban Perahu tidaklah begitu lancar kerana keadaan jalannya yang tidak rata tambahan pula berliku-liku dan mendaki bukit pula. Namun keselesaan kenderaan yang dipandu oleh Pak Wawan menyebabkan jantung yang berdegup-degup tidaklah terlalu laju tambahan pula suasana persekitara yang amat sejuk dan mendamaikan. Sekali-sekala kami berselisih dengan kenderaan lain, mungkin hari masih awal tambahan pula hari Isnin jadi tidak ramai pelancong yang datang. Sampai di pondok pengawal, kami membayar harga tiket masuk iaitu Rp.15.000 bagi kenderaan empat roda dan Rp.50.000 bagi setiap pengunjung manakala tiada bayaran dikenakan untuk Pak Wawan yang membawa kami. Tidak seperti mana-mana tempat peranginan yang tidak menjamin keselamatan pengunjung, setiap tiket yang kita beli di sini menjadi bukti jaminan sekiranya berlaku kemalangan. Antaranya pengunjung akan menerima bayaran Rp 25 Juta jika berlaku kematian atau kecacatan kekal, Rp 10 Juta untuk pembiayaan rawatan dan Rp 2 Juta untuk pengkebumian.
Sebaik sampai di puncak dan meletakkan kenderaan kami terus turun dan menuju ke arah lorong turun ke kawah gunung berapi di mana terdapat papan tanda yang tertulis Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Parahu, Subang West Java. Dan tanpa diduga kami dikerumuni sebegitu ramai penjaja jalanan yang membawa pelbagai jenis cenderamata dan barang jualan dengan rata-rata meletakkan harga lumayan sehingga Rp250.000. Ada pula yang menawarkan diri mengambil gambar kami dan memberi penerangan pelancongan percuma. Antara faham dan tidak kami mengangguk-angguk sahaja mendengar penerangan tidak bertauliah yang diberikan sementara Pak Wawan hanya menunggu kami di kenderaan seperti selalunya. Aduh! Nampaknya kami tidak dapat melepaskan diri. Masing-masing mengajak kami tawar- menawar dengan produk yang dibawa. Mood untuk bergambar dan turun ke kawah hilang terus sekarang ni bagaimana nak melepaskan diri dari terjerat membeli barangan tidak seberapa yang harganya mencanak-canak. Haishhhhhhhh!
Saya berdiri di pinggiran pagar yang memisahkan dengan tebing gunung. Ada jarak lebih kurang dua meter sahaja dan bagi yang membawa anak-anak kecil, peganglah erat-erat kerana rasanya kanak-kanak mudah bolos di lubang pagar yang lebar ini. ER menceritakan pernah seorang pelancong sengaja melangkah pagar ini (memang boleh dilangkah) untuk mengambil gambar bawah kawah malangnya dia tergelincir dan terus masuk ke dalam kawah. Ngerinya bila membayangkan, memanglah malang tidak berbau tetapi sudah diletakkan pagar kenapa pula hendak dilangkah, memang menempah maut namanya tu, betultak?
Dalam pada mengelak-ngelak, akhirnya ER terbeli juga sepasang gelang yang kononnya diperbuat dari batu gunung. Berkali-kali si penjual yang menjadi pemandu pelancong tidak diundang itu menggesekkan gelang dan tasbih yang dijual ke batu bagi membuktikan ia benar-benar batu gunung dan bukan omong kosong. Harganya untuk sepasang gelang, Rp.120.000... huhu.. boleh buat makan nasi padang satu hidang.. urmmm.
Yang berjaya menjual gelang pergi meninggalkan kami sebaik sahaja menerima wang jualannya. Sekarang di hadapan kami ada si penjual fridge magnet, senduk berukir, sarung kotak tisu bentuk binatang, beg kulit arnab, selendang, key chain dan macam-macam lagi. Masing-masing memujuk tetapi semuanya mahal-mahal, saya cakap kalau Rp10.000, saya mahulah. Aduh! Buk... 150.000 buk. Oh.. nga.. nga... mahalnyaaaaaaaa... Yang menjual senduk berukir tadi asalnya menawarkan saya Rp200.000 untuk 5 batang senduk. Saya mengira-ngira, RM70 untuk 5 senduk tu, rasa macam nak ketuk jer kepala dia dengan senduk tu. Setelah tawar-menawar dan pujuk memujuk, dia menambah 1 lagi senduk, katanya, saya bagi ibu Rp150.000. Urm, saya masih menolak. Saya minta Rp100.000. Dia menarik semula satu senduknya, Rp120.000 buk. Adush! ER mengangkat keningnya. Saya dah tak larat melayan dia. Saya mengeluarkan wang dan senduk bertukar tangan. Bila dikira semula, oh! Tidak, saya bayar RM8 untuk satu batang senduk... dush2!!
ER menarik tangan saya pergi dari situ. Saya memberi alasan hendak ke bilik air. Ishhh! Memang dah kesejukan pun, semuanya mengecut. Air di bilik air begitu sejuk seperti bercampur dengan ais. Ni kalau mandi harus selepas itu berselubung 10 jam kerana demam... huhuhu. Saya dan ER hanya sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum mengambil keputusan meninggalkan Tangkuban Perahu. Boleh habis juta-juta kalau terus dikerumuni begini. Yang belum lagi berjaya menjual terus mengejar kami sehingga ke kereta.
Si penjual beg kulit arnab menghulurkan sebuah beg putih bersih kepada saya. Saya sebenarnya telah jatuh cinta dengan beg itu sejak sampai cuma apabila dikerumun begitu fikiran menjadi buntu dan beku. Saya bertanya berapa, Rp200.000. Lumayannya.. nga mau. Saya minta Rp50.000. Dia menggeleng. Mereka ramai-ramai terus mengekor kami sehingga ke kereta. Aduh! Bagaimana bisa melepaskan diri ini. Saya tidak dapat menutup pintu kereta tapi beg arnab itu masih mencuri hati saya. Si penjual berdiri di belakang sekali rakan-rakannya yang lain. Yang menjual fridge magnet meminta saya Rp150.000 untuk 4 keping fm. Huhuhu.. saya tak mahu, mahal tu.. Hai si penjual beg arnab, marilah tawarkan begmu, berapa mahu bagi padaku. Saya lihat beg itu dengan perasaan sayu.. mari buk. Rp50.000. Dia mengangkat beg itu tinggi, hati saya bersorak suka. Cepat-cepat saya hulurkan wang dan beg arnab bertukar tangan.
Saya masih cuba menutup pintu kereta. Semua yang tak berjaya menjual mengeluh hampa. Maaf.. maaf... saya berkata lagi sebelum menutup pintu kereta. Pak Wawan dan ER hanya tersenyum. Saya menarik nafas lega. Rasa serik dan suka silih berganti entah bila lagi mahu sampai ke mari. Tapi pengajarannya, apabila datang lagi, hendaklah terus menuju ke gerai-gerai jualan bagi mengelak diserbu penjaja jalanan.
Bagaimanapun di sini dapat saya kongsikan gambar-gambar ER ketika berkunjung ke sini buat pertama kali atas tajaan syarikatnya. Memang syok tengok gambar ER ni, jadi sesiapa yang hendak datang ke sini, ingat ya.. terus jalan jer jangan ambil gambar, jangan bagi peluang langsung penjaja-penjaja ini mengerumuni anda sehinggalah mereka terlupa kehadiran anda... hehehe. Lepas tu bolehlah posing sakan... hehehe.. bolehkahhh??? Hak3!!
tengok tu... syoknya dapat rendam kaki dalam selut... huhuhu..
Kami sempat juga singgah ke ladang teh yang berhampiran dan melihat sendiri bagaimana pekerja-pekerja ladang memetik teh. Memang saujana mata memandang melihat keluasan dan kehijauan ladang yang berbukit-bukau dihiasi langit yang kebiruan. Rasa macam nak lari-lari macam dalam cerita Hindustan... hehehe.
Pak Wawan yang setia, baik hati dan paling penting boleh dipercayai. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat Pak Wawan, bolehlah tinggalkan pesanan anda di kotak mesej saya di FB - Sari Yusa Ibrahim. Pasti berbaloi dan puas hati... insyaAllah.
ady peminat num 1 entri ini..hehehe
ReplyDeleteassalam sari...p bandung senyap2 takut akk ikut heheh. best sari kongsi cerita kat sini, akk lum sampai lg bandung.
ReplyDeleteitu sikap org indon..EE pegi Medan mcm tu la...setiap masa dtg kat kita..pening oooooooooo,dah la waktu tu feeling 2 jutawan..dlm poket bejuta2...heheh
ReplyDeleteByk ker shopping kat bandung...Bnadung kan syurga shopping indon..
seronk2...x pe2...lps ni kumpul duit...rin lak gi...hehehe..taun bilalah agaknye...
ReplyDeletex jemu baca n3 pi bandung ni tau...syok lah kak...tp takutnya kene kerumun dgn penjaja jalanan tue....
ReplyDeletesalam kenal, syioknyer dapat bercuti di bandung kan, orang kata syurga shopping.. hehe
ReplyDeleteAdy, akak faham... hehehe
ReplyDeleteKak Rosaliza, best kak gi sini lagi2 kalu org belanja.. hahaha
EE, anak sedara akak cete, kalu gi China pun sama, mcm tu jugak kena kejar ngan penjaja.. huhuhu.. takut..
Erienz, nanti mintak bos buat company trip.. hehe
ReplyDeleteMamamya, mekasih ya sbb tak jemu, ini entry last, nt kalu gi lagi cete lain pulak.. hahaha
Maszmadi, salam kenal juga dari sy... mmg syok.. hihi
nice places to see and the shopping is heaven here.
ReplyDeleteSari... akak baru berangan nak ke sana Sari dah pun balik...hehehe... Terimakasih kerana berkongsi gambar dan pengalaman...
ReplyDeleteYang buat akak pening tu... duit semua kita ratus2 ribu... feninlah...
Assalam kak,wah bestnya g bandung..Tgk pic2 akak terus teruja jer nak p,huhu..Xpernah sampai lagi..
ReplyDeletesalam sari..bestnya g Bandung...bila lak nk sampai nie...
ReplyDeletebiasanya pemandu pelancong ni baik2..saya di padang dulu, dia merangkap supir+pembawak beg soping kami+tukang tawar+money exchanger pon ye..hihihi..tp bes sbb dia akan ikut kami ke mana kami pegi dan akan bagi isyarat, kalau barang tuh mahal atau ok..:D
ReplyDeleteteringin lak nak kenal pak wawan ni...
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.