MACARON OH MACARON

Seri Kandi Tanah Jauhar
6


ASSALAMULAIKUM wbt



KETERUJAAN yang terlampau. Setelah berminggu-minggu verangan akhirnya ia menjadi kenyataan. Mengintai ke dapur Kak Dzanariah, yang tentunya mengendap juga di dapur-dapur yang lain semalam terlaksana projek harta karun yang menjadi idaman ramai ini. Keterujaan yang terlampau juga membuatkan saya tidak menengok jam sebelum memukul adunan putih telur dan sudahnya saya terpaksa meninggalkan macaron-macaron yang belum dibakar hampir lima jam kerana ada urusan di luar. Risau juga sebab biasanya adunan putih telur akan berair kalau ditinggal terlalu lama tapi Alhamdulillah, macaron yang saya paipkan di loyang sebelum keluar tadi masih cantik terlekap di kertas alas loyang. Jam 2 pagi saya menikmati macaron-macaron itu tanpa prejudis.. perghhhh! Rangup di luar, chewy di dalam walaupun kejadiannya tidak berkaki seperti macaron yang perfect. Yang kelakarnya macaron saya masih berpunat menyebabkan ia tergolek-golek bila hendak diposingkan, kah.. kah.. kah. Pasti ini bukannya macaron yang pertama dan terakhir dari saya kerana saya amat sukakan rasanya yang chewy dan selagi tak dapat yang berkaki maknanya saya belum lulus lagi.. hihihi. Untuk yang masih mengintai resepi saya kongsikan di sini, terima kasih untuk Kak Zana dan nama-nama yang disebutkan dalam blog Kak Zana, Cik Min, Azlita, Yani dan yang lain-lain.


Bahan-bahan:

2 biji putih telur size L (saya guna 3 biji putih telur size B)

60 gm gula kastor

80 gm serbuk almond

120 gm gula icing

sedikit esen vanila


Cara-cara:

~ Kisar lagi serbuk almond hingga halus. Ayakkan bersama gula icing, ketepikan.

~Pukul putih telur dan gula kastor hingga berbuih. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sehingga kental (apabila diterbalikkan mangkuk ia tidak jatuh)

~ Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit, kacau perlahan-lahan seperti membuat kek.

~ Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diletak pewarna mengikut citarasa. Masukkan dalam piping bag.

~Potong kertas baking mengikut size loyang, gunakan pencil dan sebarang panduan untuk membuat bulatan bersaiz besar sedikit dari siling 50 sen atau mengikut citarasa anda. (Saya ada baca yang guna siling 20 sen). Kalau rajin boleh guna jangka lukis, kah.. kah.. kah. Jarakkan bulatan 3 cm.

~ Paipkan adunan tadi di tengah-tengah bulatan sehingga memenuhi keseluruhan bulatan yang anda lukis. Buat sehingga habis.

~ Keringkan macaron sehingga tidak melekat di tangan. (30 hingga 40 minit)

~ Bakar 150 darjah C selama 15 - 20 minit (saya bakar 30 minit)

~ Apabila hampir sejuk, tarik keluar perlahan-lahan macaron dari baking paper dan sapukan filling kegemaran anda.

~Nikmati macaron anda.



Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. haaa..pukul 2 pagi akak mengadap macaron ni....biar betul...
    alhamdudillah..cantik jerk maracon akak menjadi..cantik...

    ReplyDelete
  2. dah singgah dapo sari si macaroon ni

    ReplyDelete
  3. nak cuba tp belum dtg wahyu rajennnnn. bila tah nak rajeeeen. rajeeennn order je boleh tak??

    ReplyDelete
  4. kak yus--
    agak2 macaron macam kak yus buat tu ayu nak cari kat mana eik...
    tak pernah jumpa lah..
    rasanya??
    wah!! siang warna warni lagi..hebat kakakku nie

    ReplyDelete
  5. Sallam,
    OO inilah yang orang selalu sebut macaron tu yee, ini mesti cuba nih.
    Terima kasih kerana post resipi ini.

    ReplyDelete
  6. wahh.. nampak menarik sangat!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!