IKAN PEKASAM BELIMBING BULUH MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

ASSALAMUALAIKUM wbt


BURPPPPPP!!

Alhamdulillah.. pagi-pagi dah makan nasi dengan lauk berdasarkan tajuk di atas.. hehehe. Resepi nanti ya. Gambar lauk tu pun tangkap dalam periuk terus, tak sempat nak posing, masak sebelum subuh tadi... teringin punya pasal... kih.. kih...


Baiklah, sekarang mahu hapdate resepi:

2 keping ikan pekasam

1/3 kotak santan (saya guna jenama M&S)+ 1/2 cawan air

11 tangkai cili api *

1" kunyit hidup*

2 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

10 biji belimbing buluh dibelah dua


Cara:

Tumbuk halus bahan bertanda dan leburkan dalam periuk bersama santan.

Masukkan ikan pekasam dan belimbing buluh.

Masak sehingga mendidih, kacau kuah selalu supaya tidak pecah minyak.

Siap!

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selamat pagi...
    dah terliur ni..tengok ikan pekasam ni dgn belimbing buluh...

    mengamcam sungguh...

    ReplyDelete
  2. Ainnoraini... kalu mengancam jap gi kena msk cenggini... hehe

    Umeboshi, goreng pon sodapppp!

    ReplyDelete
  3. waahhh...ikan pekasam masak lemak? siyes tak penah dgr. biasanya goreng cinggitu je taruk bawang.

    tapi ni kompem sedap ni. nak try lah!

    ReplyDelete
  4. waaaa akak... pagi² lagi dah memasak... simpan ckit utk ayu ye.. ayu balik jb ptg ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. eh eh seriyes tak tau ikan pekasam leh buat gulai.biasa goreng gitu je pun dah..wallaaaa rasanya kan..hmmm

    ReplyDelete
  6. Oh...kalau kita...lagi kuat munyiknya sendawa tu...BUPPPP

    ReplyDelete
  7. salam..wah dahla lama tak datang sini..datang2 je ada menu yang buat kecur liur..huhu..nak balik lah...

    ReplyDelete
  8. owhhh...blh masak lemak ikan pekasam ni...selalu lia grg je....uihhh...blh try nih...kat umah mak buah belimbing mmg byk...dah mcm buah anggur...:D

    ReplyDelete
  9. kak yus..
    adoi,,,,,,
    meleleq air liur ayu bila kak tayang ikan pekasam..
    lagilah dgn belimbing buluh nan enak tu..terasa air liur kat hujung bibir..
    wah!! kau kejam

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,
    wah sedapnya,ikan perkasam ...
    terliur awal pahi gini

    ReplyDelete
  11. perhhhhhh...terliurnya tengok ikan pekasam tu....
    sedapppnya...
    mas pun tak tahu ikan pekasam boleh dimasak gulai...
    mas selalu goreng jerk....

    ReplyDelete
  12. Ikaan perkasam tu masuk skali dgn beras tu ke atau tidak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!