KISAH SUAMI ISTERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM wbt

MACAM dah lama tak ada cerita lawak kat Alam Sari nikan. Urmmm... pagi-pagi ni jom kita gelak-gelak sikit.. manalah tau boleh tambah tenaga sampai malam nanti.... hik! Eh! Kan orang kata usik mengusik membawa bahagia, kan.. Layanzzzzzzzzzz..

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.

“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.

Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.

“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.

“Tidak!” jawab Minah.

“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap ke bawah!”


(Aik... macam tak logik jerlah lawak nikan, apa pulaklah si Minah yang tanam jenazah... urmm.. tapi dah namanya lawak.. terima ajerlahhh.. hehe)


PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

“Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, “Kenapa Bang?”

Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.”

Uhuk!!

Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehehe..lawak ceria dipagi ari....
    Jom Baca KFC Chicken Chop

    ReplyDelete
  2. klu dah namanya pak pandir...mmg t'lbh pandai....he3..!!

    ReplyDelete
  3. hahaha!!!! yg lawak nombor 1 tu mau tembus ke benua sebelah sana lepas habis mengorek. hahah!!

    ReplyDelete
  4. kak yus..
    dikau nie mmg penghibur hati beta..
    hahahah...
    gelak ayu malam jumaat tau.. berdekah2...

    ReplyDelete
  5. panjang akal pak pandir ya..malas buat keje..

    ReplyDelete
  6. kak yus kelakar la bila baca sekali lagiii hehehee

    ReplyDelete
  7. heheee, mmg lawak, kesian pak pandir ha.. betul sungguh :)

    ReplyDelete
  8. pak pandir sengal.huhu..lwk minah tu ntah ape2 kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!