MACARONKU DAH BERKAKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
13


ASSALAMUALAIKUM wbt

WALLAAAAAAAA!!

Suka teramat bila macaron yang saya hasilkan Ahad lepas sudah berkaki. Terjerit-jerit depan oven macam orang gila.. hehehe.. gila mac lah, bukan gila sewel.. huhu. Cuma yang loyang pertama dan kedua tu saja maca
m kurang masak jadi saya masukkan semula dalam oven dan kakinya keluar sedikit... hehe. Memang dalam kepala sekarang asyiklah verangankan si mac ni tapi masa tak mengizinkan untuk bermacaron selalu. Hujung minggu akan datang kami sudah menyusun agenda sempena ulangtahun hari lahir ER dan cuti Hari pekerja. Saya tidak mahu lagi terburu-buru bermacaron nanti hasilnya hati di dalam juga yang menangis jadi sekarang yang terbaik adalah bersabar sehingga masanya nanti. Cik macaron ini saya intikan dengan lepa coklat tapi begitulah orang yang tak pernah masuk sekolah macaron... hehehe, saya lepa terus coklat tu pada shell mac. Yang sepatutnya kena paipkan dari piping bag barulah elok dan cantik seperti mac orang lain. Kali ini saya tak mahu lagi mewarna-warnikan macaron dan saya tahu kini itulah kesilapan paling besar. Sebaiknya gunakan pewarna serbuk atau jika gunakan cecair sebaiknya satu adunan hanya satu warna sahaja. Belajar dari pengalaman dan saya tak sabar untuk terus bermacaron... yeeeeeeeeeehaaaaaaaa!!


Saya masih lagi menggunakan resepi macaron yang ini. Masih belum sampai seru nak cuba resepi-resepi macaron yang canggih-manggih tu. Ta
pi yang pasti dah termasuk dalam list menunggu... huhu.



Tags

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalamualaikum Sari,

    Wah ada macaron...sedap rasanya...ish akak tak pernah bermakron..tengok mcm leceh gitu...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak,
    Tahniah2 sbbmac akak cantik lah..Xpernah lagi wat cmac nih,mkn pong xpernah,ramai yg bgtau manis sgt,tuh yg teragak2 nk try tuh..Meh rasa yg akak nyer dulu lah,hehe..

    ReplyDelete
  3. waaaahhhhhhh..
    kak yus.. dah jadi tu... tahniah tahniah.. tak acii.. nak jugak

    ReplyDelete
  4. assalam yus...

    aduhhh...geram betullah kak ima tiap kali tengok macaron...rasa macam nak gigit je...tapi bila dengar ramai yg kata macaron ni sedikit manis...itulah yang buatkan semangat nak mencuba tu menurun lak...mintak yang yus punyalah cikit...hihihi

    ReplyDelete
  5. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  6. oo kecik aje rupanya macaron tu ya, tgk dlm pinggan besar, sekali nak di ngap ke mulut kecik je..hihi

    ReplyDelete
  7. as salam sari, mmg xpenah mkn macaron nie..nmpk cam best..bleh msk dlm list menunggu nie..

    ReplyDelete
  8. igt nk terai..tp tk jugak terterai2....hahahhaa...

    ReplyDelete
  9. wahhh....nak menerai jugak lah.....nampak mcm sedap tue...anak2 mesti suka...:D tp manis x kak rasanya???

    ReplyDelete
  10. assalam yus..makan pun akak belum pernah apalagi buat..he he..
    tau pun bila tengok kat blog asek2 tulis macaron..mulanya akak pelik..ape ke benda la macaroon ni..
    tahniah sari dah berjaya..

    ReplyDelete
  11. aslmkum yusa.. tahniah.. akhirnya mjadi jugak mac tu.. akk trasa nk buat lagi.. tpi cam takut pulak..

    ReplyDelete
  12. Alahai sedapnya nampak macaron tu kak, teringin nak rasa sebab ramai yg kata sedap :)

    ReplyDelete
  13. mcm sdp je tu sis..nak je rasa sedap ke tak..ehhee
    follow sni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!