BANDUNG - 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
19
ASSALAMUALAIKUM wbt

ANTARA yang paling saya suka bila berada di Kota Bandung adalah menikmati masakan nasi padangnya yang enak... wallaaaaaaaa... diet miet tolak tepilah. Tak adalah saya nak minta nasi separuh, suku atau tiga suku. Paling seronok kalau makan di Restoran Minang yang meletakkan lauk pauk secara berhidang, siap bertambah nasi dua tiga kali. Tapi yang peliknya lauk pilihan saya tetaplah paru goreng.. haaa, yang itu memang wajib ada. Daging gulai ala minang menjadi feberet kami suami isteri. Pelengkap hidangan tentunya sambal hijau, di sebut sambal ijo.. (Sila rujuk gambar di atas.. hehehe) perghhhh! Layanzzzzzzzzzzzz...

Kami terpilih... (bukan memilih ya.. kuat betul tarikannya tu.. kui2!) Rumah Makan Minang Bunga Padi Raya yang terletak di lantai atas sekali Pasar Baru, Bandung. Pasar Baru ini merupakan tarikan paling utama bila sampai di Bandung kerana di sini merupakan pusat barangan harian, pakaian, kain ela, kain sulam, batik, pakaian beribadat bahkan pilihan pakaian pengantin yang cantik dan mewah juga terdapat di sini. Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi cuma menang tak menang saja tangan anda nak membawa hasil belian nanti. Hehehe. Maaflah, saya tak terlupa mengambil gambar di sini kerana terlalu asyik memilih dan membeli... huhuhu. Pasar Baru ini samalah macam Pekan Rabu di Alor Setar, Kompleks Arked Beli-belah di Padang Besar, Pasar Wan Khadijah di Kelantan, Pasar Payang di Terengganu dan lain-lain yang seumpamanya di Malaysia ini. Tapi yang pasti keseronokan di sini memang tak dapat dibandingkankan luar biasanya tau... hihihi.

Inilah bil makan kami di Rumah Makan Minang Bunga Padi Raya ni. Fuyohhhh! Memang lumayan sekali pak, bayangkan kalau ditukar ke Ringgit Malaysia kira-kira RM42 untuk dua orang makan sedangkan kami hanya mengambil lauk-lauk yang biasa sahaja. Hurmmmm... yang ni memang tak berbaloi.. huk3!

Yang pasti.. licinnnnnnnn..

Ini gerai kat sebelah Rumah Makan Minang tu.. ada gurame goreng atau kami panggil ikan terbang dan sup muntut... hahaha... sup ekorlahhhh...

Malam pertama, kami kebuntuan hendak mencari makan malam. Memang banyak sekali terdapat gerai-gerai yang menjual baso, nasi goreng dan sebagainya tetapi amatlah diragui tahap kebersihan dan yang paling utama sekali status halalnya. Jadi jalan paling selamat ialah makan di hotel sahaja. Kami memilih Soto Madura dan Soto Bandung. Apa beza keduanya tu ya? Baiklah, mangkuk yang kat atas tu merupakan Soto Bandung. Bezanya, soto bandung ini dimasukkan daging dan kacang tanah goreng manakala soto madura dimasukkan ayam, suhun goreng dan taugeh serta telur rebus seperti soto yang biasa dinikmati orang-orang Johor. Kedua-duanya dihidangkan bersama nasi putih, sambal ijo dan keropok belinjau.

Keesokannya barulah kami pergi ke rumah makan nasi padang yang dikenali sebagai Restoran Simpang Raya. Bagi yang pertama kali sampai, jangan terkejut kerana anda akan dihidangkan dengan berbelas-belas mangkuk lauk sebaik sahaja anda meletakkan punggung. Di sini anda akan dicaj bagi setiap lauk yang anda makan ataupun anda sentuh walaupun sedikit.

Tengok tu, lauk ayam saja ada berapa jenis masakan.. ayam rebus, ayam goreng, ayam bakar, ayam gulai dan telur ayam... hahahahaha.

Dari kecil dulu saya telah dididik, kalau makan pinggan harus licin tak boleh ada sisa nasi nanti nasi menangis. Ni kes takut nasi menangis punya pasallah... hehehe. Oh! Ya, dalam pinggan pun kena tuang sedikit air supaya rezeki tak putus, ni saya belum tuang air.. ambil gambar dulu.. urmmm..

Malam itu, saya mengajak Pak Wawan yang menjadi pemandu kami membawa kami makan sejenis hidangan yang terkenal di Bandung iaitu Batagor. Pertama kali sebenarnya hendak mencuba selepas disarankan Tias iaitu pembantu ibu mertua saya. Nak tahu bagaimana rupa batagor...??

Haaaaa... inilah rupanya Batagor Goreng. Urmmm.. yang ini rupanya batagor. Alaaaa, siapa yang suka makan Yong Taufu ataupun stimboat, batagor ni yang diperbuat dari tauhu yang dipotong segitiga yang di dalamnya ada ikan ala-ala fish cake tu. Ia kemudiannya digoreng dan dimakan bersama saus kacang ala rojak. Satu lagi yang namanya agak pelik ialah Siomay Goreng. Seakan sama hidangannya seperti batagor tetapi bentuknya empat segi. Boleh juga dinikmati bersama kuah baso.

Yang ini Bihun Baso... Ori ya, tak ada macam-macam dalamnya
cuma ada tiga biji bebola daging sapi.

Mi Sedap pilihan Pak Wawan.. eiiiii... rasa nak order jer mi macam Pak Wawan... urmmm..

FANTA! Yang ni zaman sekolah-sekolah dulu memang ada kat Malaysia,
tapi sekarang dah tak ada lagikan..

Saya punya air.. jangan mintak... Jus Strawberry... ori... penuh rasa strawberry tau.. Oh!Ya, di sini terdapat banyak juga ladang strawberry, anda boleh petik, timbang dan bayar. Kami kat sini, hari-hari makan strawberry sampai kembung... huhuhu..

Tengok tu, bukan makan nasi jer licin, makan apapun memang licin.. hehehe.

Sarapan orang diet... hik.. hik.. hik... Percaya ke????

Pulut Serunding... serundingnya sedap, ada tabur gula sikit-sikit dan cara pulut itu dihidangkan amatlah comel dan menawan..

Kuih-muih tradisi masyarakat Bandung...

Yang ini... kirim salamlahhhhhhh... bagi RM1J pun saya tak lalu... huk3!

Macammana? Terhibur? Lapar? Suka????

Komenlah sikit.... hik3!

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhhhhhhhhhhhhh..bestnya //.... nak gi bandung gak

    ReplyDelete
  2. ady..ko nk pegi mkn sate biawak eh? hahahahahha...

    bila la mau ke indonesia ni..x kira le mana pun tp bandung syurga membeli belah..wahh mesti byk soping..ole2 utk kita ada x? hehehehhe

    ReplyDelete
  3. Bestnya jalan2 cari makan..kalau Sis Lin mintak ole2..saya nak jgk..x kira nak jgk huwaaa!!!!

    ReplyDelete
  4. bestnya sari banyak memborong ka?

    ReplyDelete
  5. bestnya jejalan.......
    banyak tak akak borong..he..he..

    ReplyDelete
  6. Baru beberapa hari je kat bandung dah makan segala macam. kalau ler duk sana sebulan, mesti yus balik sini dah bak bulan mengambang....hehehe!

    ReplyDelete
  7. adoiyaa .. terus rasa lapar tp yg last tu satay biawak tu err jd mual lak.. hehee

    ReplyDelete
  8. huhhhh....x kelip2 baca n3 ni...baguslah ka yus..asal makan je mesti sampai licin kan.,..dah lama lia x praktikkan tuang air kat dalam pinggan yg kita makan....kene amalkan semula lah ni...bagus kan rezeki klu x putus...:D

    bestnya tgk n3 akak pi bandung ni...suatu hari nnti akan kuk jejakkan kaki ke sana.....bandung wait for me..ahaksss....!!!!

    ReplyDelete
  9. Ady, jom2 ke Bandung...

    Sis Lin, sis kalu gi sana jgn lupa bawa beg besau

    Mak et, hehehe.. mat et lmbt 3 minit..

    Chik Mimi, blehlah sikit2... hihi

    ReplyDelete
  10. Mas, kalau nak dikirakan akak cuma meletak barang kat kaunter jer.. hahaha

    Kak Ita, cun tu kalu dah mcm bulan mengambang.. hihi

    Lia, tu baru tengok signboard, lum tengok org tu mngipas.. huhu

    Mamamya, tulah petua org2 tua, akak pun kdg terlupa juga nak praktikkan sbb lps mkn terus angkat pinggan ke sinki. Lia, bandung ni syurga bagi org pmpuan lagi2 pasar baru tu ha.. hehehe

    ReplyDelete
  11. lapar tul bilaer tgk makanan macam2 ni..terganggu diet nanti..kuatkan semangat ni...heheheh

    ReplyDelete
  12. bercuti dan makan kan bagai aur dgn tebing..tak boleh dipisahkan..time tu jgn la kata nak diet ke apa..rugi ooo pergi ketempat org tp tak makan..:)

    ReplyDelete
  13. Ila, tgh diet ker? hehe.. jemput makan...

    Kak Kam, betul3.. setuju!

    ReplyDelete
  14. wow !!!!! kemain banyak makanan .
    sedapnya . fly la sikit bawak sini .

    fai nak nganga je mulut terus mam .
    hihihi

    thank kakak follow fai ^^

    ReplyDelete
  15. lapor la sari woii kijam sungguh acik tengah dayet nih (T_T)

    ReplyDelete
  16. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  17. Restoran Simpang Raya, nanti nak pergi ni. Nampak sedap jer makanan2 dia ;)

    Tapikan restoran yang jual sate biawak tu saya pun tak nak pegi lah... Euwww....

    Peace... ;)

    ReplyDelete
  18. Restoran Simpang Raya, nanti nak pergi ni. Nampak sedap jer makanan2 dia ;)

    Tapikan restoran yang jual sate biawak tu saya pun tak nak pegi lah... Euwww....

    Peace... ;)

    ReplyDelete
  19. Restoran Simpang Raya, nanti nak pergi ni. Nampak sedap jer makanan2 dia ;)

    Tapikan restoran yang jual sate biawak tu saya pun tak nak pegi lah... Euwww....

    Peace... ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!