MACAROON YANG TERLAMPAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10


ASSALAMUALAIKUM wbt



GAGAL segagal-gagalnya. Sampai hati betul Cik Macaroon tak berpihak langsung kepada saya hari ini. Pagi-pagi dah bermacaroon, sepenuh hati dan perasaan. Bermonolog dengan warna-warna kegemaran agar cantiklah nanti macaroon yang menjadi impian. Tapi.... arghhhhhhhhhhhh!! Tak yah tengoklah gambar dia.. buat sakit jiwa aje! Buang karen... menyampah dan segala-galanya. Tiga loyang ditinggalkan tidak dibakar. Biarlah, mungkin dia lagi suka duduk dalam tong sampahkan.. padan muka dia... hahahaha. Sesuailah dia duduk dalam tong sampah tu kerana terlampaunya dia pada saya hari ini.




Lepas tu tadi jalan-jalanlah kat Jusco.

Masa lalu depan kedai kek tu terpandanglah si dia ni. Hati terus terpaut. pengubat hati, tanpa berkira saya membayar. Cakap dengan Yaya, tunggu bonda ambil gambar.. hik.. hik. Lepas ambil gambar berebut-rebut dengan Yaya menggigit macaroon sebesar siling 20 sen. Kecik cinonit sungguh. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.... langsung-langsung tak sedap. Rasa macam biskut marie jer, biskut marie lagi sedap.. huhu. Memang terlampaulah orang yang menjual ni. Mesti dah diderhakakan isi resepi macaroon itu. Ishhhhh.. Marahlah macam ni.. jaga awak macaroon!!
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. akk ada terbaca tips buat macaron ni.. masa buat antara kul 12 - 5 ptg.. tak tau lah betul ke tidak..

    ReplyDelete
  2. Selamat malm kak,sebelum tido singgah ambik aura jap hehehe..merajuk melampu lagi ker? x pe kak..kalau dah berjaya bermacaron nanti tayang resepi yer..nak buat lah..jgn marah2x macaron x nak kawan kang hihihi..

    ReplyDelete
  3. tu yang kita berkira2 nak try buat macaroon ni ha..hheeheh takut nasib yang sama..

    ReplyDelete
  4. ngidam gak nak buat macaroon..hmm, tatau bila...

    ReplyDelete
  5. sis....
    awatlah duk masukkan dalam tong sampah..
    nanti orter kasi cun..mana tau berhasil...


    PS: ayu pun suka banget..nak buat tak reti

    ReplyDelete
  6. sampai cam gtu sekali lak ya..hehe

    ReplyDelete
  7. macaron bertukar jadi macawrong?tak pe cuba lagi...

    ReplyDelete
  8. ira pun dah lama teringin nak try buat macaron ni tp takut tak jadi...tp nak try juga, tunggu masa je....sari jgn putus asa ye, cuba lagi tau!

    ReplyDelete
  9. hahaha.. apa laa akak nih.. nk tergelak je baca.. ehhh.. patutnyer tun bersimpati,kn.. meh tun marah macaroon tuh.. ape laa macaroon nih.. berani dia wat kak yusa stress nih, piap dia..
    ps: tu x penah wat lagi. tp tgk ingredients dia cam manis gler, so x berani nk wat, kn x pasal2 high blood glucose. huhu

    ReplyDelete
  10. salam ziarah

    sila layari blog ini...http://kitchenguardian.blogspot.com/
    dia ada banyak resepi macaroon ni dan tulis banyak tips cara nak membuat nya....
    Kegagalan itu sebenar nya pelajaran yang paling berharga...so jangan serik buat macaroon ni..hahaha..saya sendiri tak reti buat...order saja dari Yani..(tuan punya blog tu)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!